Kisah 5
Berlaku kat kakak aku masa aku 5 tahun dia umur 12 tahun. Time tu zaman awal 80an.Hari tu kitorang main2 kat tepi sungai dengan geng kampung. Akibat terlalu syok main kitorang terlajak sampai Maghrib. Time nak gelap tu semua gelabah nak balik kalau tak kena libas ngan tuala basah ngan bapak aku. Sakit wooo...
Disebabkan nak cepat balik, kitorang ikut jalan shortcut. Kat situ ada pokok kekabu. (Korang tau tak pokok ni..??Alaa..yang isi kat dalam bantal tu). Tengah melintas kat situ member kakak aku cakap kat tempat ni keras dan ada pontianak bergayut malam2. Apa la suwey mulut dia ni..Kakak aku terkejut dan lagi le gelabah. Semua lari lintang pukang. Aku plak menangis. Time tu budak2 lagi..tu je yg aku boleh buat
Sampai kat rumah semua cam biasa. Takde benda berlaku.Sebab penat asik bermain dari pagi sampai petang kitorang pun tertido awal. Aku biasa tido sebelah kakak aku. Time dulu rumah aku rumah kampung pakai atap je. Malam tu memang sejuk dan berangin. Takde letrik sebab rumah aku baru nak sampai development
Dalam keadaan mamai aku terperasan macam ada orang kat sebelah kakak aku tengah mengadap kakak aku. Muka aku tak nampak tapi rambut dia putih dan panjang menutup muka.Aku terus menjerit panggil mak aku kuat2. Kakak aku tersedar dan bila dia nampak benda tu lagi le kuat dia menjerit ketakutan yang amat sangat.Bapak aku datang bawak parang dengan pelita. Dalam samar2 cahaya pelita tu benda tu mengilai dengan kuat dan hilang ikut lubang yang ada kat dinding.Kat luar rumah lagi le kuat mengilai sampai rumah atuk aku kat sebelah je. Lepas datuk aku baca something baru le benda tu blah.
Masa tu aku dah terkencing dalam seluar sebab takut yang amat sangat. Kakak aku plak menangis dan paling teruk kat lengan dia ada kesan 3 liang cakaran benda tu. Berdarah sikit. Sampai skang kesan tu ada lagi.Nasib baik cepat kalau tak bagi free je kat benda tu. Besok tu kakak aku deman 2 minggu dan baru OK lepas berubat kampung. Semangat dia hilang dan dalam masa dia demam tu asik meracau je dia kata benda tu tunggu dia kat belakang rumah. Sian kakak aku time tu...
Kalau korang nak tau benda tu apa..arwah datuk aku cakap itulah dia pontianak yang mengikut kitorang balik masa melintas kat pokok kekabu ari tu.Setengah orang kata karut atau mainan syaitan. Memang syaitan pun..tapi bila dengar suara dia mengilaii......hihiiiii....lemah lutut. Nak baca apa2 pun tak dapat..
"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."
Monday, May 3, 2010
Sunday, May 2, 2010
Kisah seram 4
Berlaku kat kampung.Aku jarang balik melainkan kalau ada hal penting je.Rumah aku memang rumah kampung.Malam tu panas walaupun kipas aku ON dah maksimum. Ahli keluarga aku yang lain dah tido. Time tu aku rasa dalam pukul 1130mlm kot..Org kampung..biasalah tido awal. Bagi aku 1130mlm kat sini macam dah pukul 2-3 pg. Sunyi dan tenteram..
Aku budget nak isap rokok & amik angin malam. Kat KL payah nak hirup udara segar lagipun apa nak takut sebab rumah sendiri dan memang aku dibesarkan kat situ. Untuk taknak ganggu orang lain, aku tak ON lampu lelebih lagi kat luar bulan terang walaupun nampak samar2.
Aku berjalan2 pegi kat depan rumah sambil lepak kat tepi parit dan lepas tu duduk kat beranda depan. Memang best.. Dalam 10 minit aku pun rasa nak tido. Sebelum nak masuk aku terpandang buaian besi kat hujung tengah rumah. Aku terperasan macam ada orang duduk situ siap buai perlahan2. Aku tak dapat nak cam sape sebab kat situ gelap sikit sebab terhalang ngan pokok ubi. Yang aku nampak dia pakai baju putih dan tunduk je.
Time tu aku ingat abang aku sebab dia suka lepak kat buaian tu malam2. So, buat ta tau je. Takde benda berlaku. Besoknya aku tanya abang aku tapi dia kata malam semalam dia keje OT dan balik kul 700pg. Aku dah tak sedap badan. Sape plak malam tadik tu..??Mak aku cakap.."padan muka. Sape suruh keluar malam2. Ni bukan KL..".Bapak aku pun penah jumpa benda tu tapi dia buat derk je..Kalau korang jadi aku camana malam tu..??

Thursday, April 29, 2010
Kisah seram 3
Kali ni berlaku time aku keje plak. Aku ada site visit kat Sabah. Duduk plak kat hotel ZZZZ.Time aku check in dah pukul 1215mlm. Memang letih. Lepas mandi so aku pun get ready utk tido. Lepas aku padamkan lampu aku mengiring belah kanan sambil tarik bantal untuk dibuat bantal peluk. Tengah tarik tu aku tersentuh rambut panjang. Rambut pompuan kot..
Akibat tergezut aku bangun dan cepat2 bukak semua lampu dan tarik keluar selimut, cadar, bantal..semualah..dari katil. Aku tengok clear..Aku rasa tak sedap le plak. Seolah2 aku diperhatikan. Time tu jugak aku turun jumpa receptionist dengan seluar pendek untuk tukar bilik.Aku cite kat awek tu tapi muka dia selamba je. Macam dah biasa dengar cite dr mulut aku tu. Lepas tukar bilik yg jauhhhh..dari bilik asal baru le OK sikit namun rasa fobia still ada lagik.Aku baca2 sikit dan alhamdulillah..lena gak aku tido malam tu. Sampai skang..kalau aku aku nak masuk bilik hotel aku peratikan dulu keadaan bilik tu dan tengok perasaan aku camana. Takut berulang kisah yang sama lagi...

Wednesday, April 28, 2010
DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
Buah Durian Belanda
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan
10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin,
mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang
melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia,
dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut,
isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan
menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus ,
berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan
kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini
telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh '
pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan
untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan "pohon ajaib" dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi
pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji
lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar,
Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan
Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan
atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon "ajaib" ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung
mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola
yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama
berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma,
masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber
usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan.
Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi... kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon
tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan
bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah
mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi,
perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan
kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon
untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.
Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan
batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman
dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University
di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan
membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan,
terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga
seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy:
New Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat
durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Saturday, April 24, 2010
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Kisan Seram 2
Berlaku masa aku duduk rumah sewa kat XXX. Tempat tu OK dan rumah sewa aku tu mengadap semak samun sikit.Masa tu aku gila main game. Kekadang tu sampai Subuh. Member aku yg lain semua skema. Pukul 1100 mlm dah tido. Gila boring diorg ni..
Ari tu aku main Unreal Tournament dari pukul 900mlm dan sedar2 je dah pukul 415pg. Mata aku pun dah berair sebab lama sangat depan monitor. Member yg lain semua dah meleleh air liur. Lepas OFFkan semua suis aku gi kat tingkap untuk tutup langsir. Baru aku nak selak tiba2 ada suara kasar (lelaki) kat luar "...Aii...dah nak tido dah ke..??".Dengan cepat aku melompat terus tido kat sebelah member aku. Sambil tu aku dengar2 kalau2 ada bunyik2 kurang enak di luar..HHmm..takde..Nasib baik.Sape pulak yg duduk lepak skodeng aku main game kat dlm semak..??Dah tu suara dia garau gila...Hissyy..siyul betull...Sampai skang aku teringat lg suara dia..

Friday, April 23, 2010
Kisah seram 1
Kisah 1
Ni berlaku masa aku form 1 duduk hostel. Hostel 3 tingkat aku duduk tingkat 2. Tingkat 3 semua dorm kosong sebab takde student nak duduk hostel time tu.Sekolah aku bukan asrama penuh..
Tiap2 malam aku tersedar mesti pukul 3.00pg. Aku tak tau apasal dan lepas tu mata aku tak boleh nak lelap balik.Tengah layan perasaan utk tido balik aku terdengar kat dorm atas macam ada org bump bola kat lantai.Yg lain semua tido dgn syoknya. Mula2 aku buat derk je tapi nak dekat 1 minggu tiba2 aku terpikir balik. Tingkat 3 tu semua dorm berkunci & takde org so sape yg bump bola pepagi buta tu..??Aku malas nak tanya member aku sebab nak control macho konon...heheh :D
Malam tu menjadi sejarah dlm idup aku. Macam biasa aku akan tersedar pukul 3.00pg. Kali ni aku dengar kejap aje lepas tu senyap. Sunyi gila..yg ada bunyik angin. Baru aku nak tarik selimut aku dengar org berlari kat koridor tkt 3 dan turun ikut tangga gi tkt 1. Banyak kali jugaklah. Yg aku dapat rasakan langkahnya pantas. Time tu aku dah kecut perut. Tiba2 je bunyik org berlari tu lalu kat tkt 2 dan melewati dorm aku.Takde bayang org yg ada bunyik je. Dah tu berhenti kat depan pintu dorm aku dan menggoncangkan pintu tu dengan kuat sebab nak bukak. Nasib baik pintu tu dikunci dr dalam.Aku dah menggigil dan tak boleh nak baca ataupun gerak mana2. Disebabkan pintu kunci baru le bunyi tu bergerak pantas ke hujung tkt 2 dan terus naik ke tkt 3 lepas tu senyap.Buat pengetahuan korang aku terus tak tido sampai ke pagi dan menggigil ketakutan. Yelah..baru form 1. 2-3 ari lepas tu aku demam sampai tak boleh nak cakap...Hisyy...menyeramkan..

Subscribe to:
Posts (Atom)