Pages

Thursday, March 3, 2016

Pengurusan jenazah keguguran

👳Soalan.

bagaimana cara pengurusan jenazah bayi yang lahir kurang dari 6 bulan kandungan dan yang lebih 6 bulan kandungan ?.

✨🌟✨✨🌟✨
Jawapan.

1. Bayi keguguran jika ia bersuara maka ulama sepakat mengatakan pengurusannya adalah seperti pengurusan jenazah dewas, iaitu wajib mandi, kapan, solat dan tanam.

Didalm kitab الموسوعة الكويتية juz.25 hlm.80 menjelaskan :

اتفق الفقهاء على أنه إذا استهل المولود غسل وصلي عليه إجماعا.

Ulama-ulama fiqh bersepakat bahawasanya apabila bersuara bayi yang di lahirkan maka perlu di mandikan dan di solatkan dengan ijma' ulama.

2. Bayi keguguran jika tidak mengeluarkan suara sedangkan ada padanya tanda hidup lain seperti bergerak-gerak maka pengurusannya juga seperti pengurusan mayat dewasa, menurut pandangn yang muktamad mazhab syafei.

Kata imam Annawawi didalam kitab منهاج الطالبين hlm.82 :

فإن ظهرت أمارة الحياة كاختلاج صلي عليه في الأظهر.

Maka jika nyata padanya tanda hidup seperti bergerak-gerak maka  disolatkannya menurut pandangan yang lebih terang.

3. Bayi keguguran jika ia tidak mengeluarkan suara dan tidak ada padanya tanda-tanda hidup lain, sedangkan usianya belum mecukupi ENAM BULAN, maka tidak boleh menSOLATinya menurut pandangan muktamad mazhab syafei, walaupun usianya telah mencecah empat bulan.

Kata imam nawawi didalam kitab منهاج الطالبين hlm.82 :

وإن لم تظهر ولم يبلغ اربعة أشهر لم يصل عليه وكذا إن بلغها في الأظهر.

Jika tidak ada padanya tanda hidup serta belum cukup usianya empat bulan maka tidak boleh menSOLATinya, sama juga hukumnya apabila cukup usia empat bulan ( sedangkan tidak nyata tanda hidup ) mengikut pandangn yang lebih jelas.

4. Jika usianya telah mencecah enam bulan maka menurut pandangan sebahagian besar ulama bahawa pengurusannya adalah seperti pengurusan jenazah dewasa, walaupun tidak ada tanda hidup ketika ia keluar.

Berkata imam Arramli didalam kitab نهاية المحتاج juz.8 hlm.235 :

وبه يعلم أن الولد النازل بعد تمام ستة أشهره يجب فيه ما يجب في الكبير من صلاة وغيرها، وإن نزل ميتا ولم يعلم سبق حياة ...

Dengan perkataan imam nawawi tersebut dapat diketahui bahawa anak yang keluar selepas cukup bulannya iaitu ENAM BULAN, wajib dilakukan padanya kesemua perkara yang diwajibkan pada jenazah dewasa iaitu solat dan lain-lain lagi, walaupun ia telah mati semasa
ia keluar dan tidak diketahui ia hidup sebelumnya.

والله أعلم

﴿ أبو أسامة البنداني ﴾

No comments: