Pages

Wednesday, March 23, 2016

Istimewa untuk ummu umairah..

( Pengakuan Aishah r.anha mengenai ketampanan Nabi s.a.w )

Telah berkata Aishah r.anha, " wanita2 memotong jari2 mereka dengan pisau kerana terpesona akan ketampanan Nabi Allah Yusuf a.s, dan jikalau mereka melihat kekasihku Nabi s.a.w.. Maka pasti dengan pisau itu.. mereka akan membelah jiwa raga mereka."

Hadrat Jabir r.a berkata, " bulan ketika itu nampak terang benderang, dan Nabi s.a.w ketika itu sedang duduk dihalaman masjid nabawi dengan mengenakan pakaian yg bergaris garis merah, kadang2 pandangan kami ke arah bulan, dan kadang2 kami melihat wajah baginda Nabi yg mulia, dan pada waktu itu ketampanan dan keindahan rupa paras wajah Nabi s.a.w lebih menawan hati kami berbanding bulan yg terang tersebut."

Melafazkan dengan perkataan tidak dapat memberi makna yg tepat bagi suatu keindahan yg ingin dipaparkan, akan tetapi.. Untuk menerangkan sesuatu perkara hanya perkataan sahaja yg diucapkan, maka terpaksalah menggunakan lafaz2 untuk menyusunnya.

Apabila keagungan dan kebesaran Allah s.w.t lahir didalam diri kita, maka mudahlah untuk kita menta'ati segala perintah2 nya. Begitu jugalah apabila keagungan dan kebesaran serta kedudukan dan martabat Nabi s.a.w lahir dalam diri kita, maka akan mudahlah bagi diri kita untuk mengikut cara kehidupan yg mulia Nabi s.a.w.

Malangnya pada zaman sekarang! Keagungan, kebesaran, kedudukan dan martabat Nabi s.a.w. tidak pernah wujud dalam diri kita, maka sebab itulah kita tidak dapat mengikuti dan mencintai cara kehidupan Nabi s.a.w. 

Sedangkan.. Jika kita renungi dan memahami secara mendalam, betapa Allah s.w.t telah meninggikan martabat dan kedudukan baginda Nabi s.a.w...

Semoga Allah beri kefahaman kepada kita semua untuk amal dan sampaikan insya'allah..

Wallahuta'ala'alam...

No comments: