Pages

Monday, April 19, 2010

10 tahun menanti zuriat

Zaman remaja adalah zaman yang terindah. Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal. Namun, didalam keindahan itu terselit jua kepahitan. Itulah yang dikatakan perjalanan kehidupan.
Aku dan pasanganku berkenalan dikala kami sama-sama menuntut disebuah pusat pengajian tinggi. Kami mengambil kursus yang sama dan itulah yang mendekatkan kami. Sayangnya perkenalan kami mendapat tentangan sahabat baikkuu. Namun itu bukankah alasan untuk kami memutuskan perhubungan dipertengahan jalan.
Akhirnya, hubungan kami mendapat restu teman-teman seperjuangan kami. Sayangnya, itu bukanlah penentu kebahagiaan. Hubungan kami mendapat tentangan keluarga pula. Demi apa yang dikatakan cinta sejati, kami terus menjalin hubungan dalam diam disamping meneruskan perjuangan memburu cita-cita.
Kami berjaya jua membuktikan cinta dan cita-cita mampu berjalan seiringan. Akhirnya kami berjaya mencapai apa yang dicita-citakan oleh setiap pelajar dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kami. Mempertahankan cita-cita dan cinta, itulah kebangaan buat kami.
Dua tahun berlalu, berbagai onak dan duri kami lalui sebelum akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri. Walau ada mata yang memandang serong, kami tetap setia. Rela dalam paksa. Itulah penerimaan keluarga kami. Setahun selepas kami melangsungkan perkahwinan, menyusul pula giliran adik lelaki kami.
Diawal perkahwinan kami tidak begitu ternanti-nanti tangisan si cilik. Maklumlah, bertahun menyulam kasih, kebahagiaan itu amat bermakna kami rasakan. Terasa ingin berdua kemana jua walau kehujung dunia. Ibarat kisah titanic yang popular ketika itu. 'You jump, i jump..." begitulah kami. Setahun... dua tahun.... kami mula resah. Apatahlagi setelah siadik mula menunjukkan tanda-tanda bakal bertiga.
Dikala itu mulut-mulut tidak berinsuran mula bersuara. Mata-mata jahat mula menjeling tajam. Suara-suara nakal mula menjamah gegendang telinga. Kami bertambah resah. Namun, apalah daya kami. Segalanya ditangan yang Maha Kuasa.
Dugaan sekali lagi menguji ketabahan kami apabila aku disahkan mempunyai masalah 'ovarian cyst' dan terpaksa melalui pembedahan bagi membuangnya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Namun, menurut kata doktor pakar sakit puan yang merawatku, ovarian cyst yang aku hidapi itu bukanlah faktor utama penyebab aku tidak dapat hamil seperti kami impikan. Dikala pembedahan, doktor turut memeriksa sistem keperempuananku dan segalanya clear. Tidak bermasalah. Fellopian tube juga clear. Tapi apakah masalahnya???

****** bersambung *******

No comments: