Pages

Sunday, October 16, 2016

4 PERINGKAT2 REZEKI

ASSALAMUALAIKUM.

*4 PERINGKAT2 REZEKI*

*1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. SURAH HUUD 11:6*

"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rizkinya dan Allah mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)."

*2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. SURAH AN-NAJM 53:39*

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

*3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. SURAH IBRAHIM 14:7*

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

*4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. SURAH AT-TALAAQ 65:3*

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

*****************************************

*REZEKI YANG PALING INDAH*
Apabila Allah mengizinkan kita untuk bangun diawal2 pagi untuk berTahajjud & berBicara denganNya, Allah Ya Adzim Ya Malikul Mulk, Yang Maha Agung lagi Maha Menguasai Segala Kerajaan di Langit dan di Bumi.

Rezeki Allah itu ada 3 Peringkat :

*1) Rezeki Peringkat Tertinggi*
Dapat Mengenal Allah dengan dikurniakan Ilmu Makrifat kerana Allah itu *LEBIH INDAH* dari SyurgaNya. Bermohonlah selalu agar dipilih untuk dikurniakan ilmu MengenaliNya iaitu Ilmu MakrifatNya.

*2) Rezeki Peringkat Kedua*
Dapat masuk ke SyurgaNya yang kekal abadi. Semoga kita tergolong dikalangan Hamba2Nya yang berada dalam jalan ke Syurga.

Walaupun sangat sedikit amal soleh yang kita kerjakan di Dunia namun Syurga itu RahsiaNya. Allah layak memilih sesiapa di kalangan Hamba2Nya untuk masuk ke SyurgaNya dengan Kasih Sayang & RahmatNya.

Moga kita berada di kalangan 70,000 umat Nabi Muhammad saw yang terpilih mendapat Syafaat Baginda masuk ke SyurgaNya tanpa hisab ketika Hari Perhitungan nanti.

*3) Rezeki Peringkat Ketiga yg Paling Bawah*
Iaitu rezeki kekayaan Dunia. Sungguh nikmat Dunia ini ibarat setitis air di lautan kerana ia amat sedikit. Manakala nikmat Akhirat iaitu kampung halaman kita yang kekal abadi itu adalah lautan yang amat luas.

Semoga kita dipelihara Allah selalu agar tidak menjadi Abdi Dunia yang hanya bermatlamatkan wang ringgit/harta/pangkat.

Benar dengan kekayaan itu kita pasti dapat membantu lebih ramai Ummah. Namun sentiasalah meminta izin Allah andai kekayaan Dunia ini baik buat Agama & diri kami, maka Engkau permudahkanlah. Jadikanlah kami AlatMu Ya Ghoniy Ya Mughni Yang Memberikan Kekayaan dan Manfaat pada semua makhluk bumi. Tiada daya kita kaya tanpa izinNya walau sekuat mana usaha kita mencari harta Dunia.

Renunglah Dengan MATA HATI kita. Sungguh Allah itu Ya Hasib Ya Muhsi yang Maha Menghitung - Adakah rezeki yang kita perolehi lebih banyak digunakan untuk agenda peribadi dalam bermewah2 / lebih dimanfaatkan buat Ummah?
Berhati2lah dalam mengejar Rezeki yang paling bawah di sisi Allah ini.

Mari kita pastikan usaha untuk Akhirat kita itu melebihi dari usaha untuk Dunia kita. Di antara yang boleh kita usahakan termasuklah:-

* Solat di Awal Waktu
* Solat Sunat setelah Solat Fardhu
* Puasa Sunat selepas Puasa di Bulan Ramadhan & Puasa Ganti
* Sujud Rukuk Tahajud/ Qiam
* BerZikir & Bertasbih Memuji2 Allah pada sepanjang hari. Zahirnya kita bergerak/bekerja, namun batin/hati kita sentiasa berzikir.
* Beramal soleh, menziarah orang sakit, menyebarkan kebaikan & berjihad.

No comments: