Pages

Wednesday, February 24, 2016

Pernah rasa mcm ni??

Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.Time baca Fatihah,time ruku',time Tahiyyat,time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu..Batal ler solat.. Ishhh..Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini nak bgtau..Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab,kejenya mmg mengacau orang solat.Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan.

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni. Kalau kentut,pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.Kalau teringat benda2 kat luar solat,tu kejer si Khanzab jugak.Jahat kan dia ni?Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.Nak kita tak khusyuk dalam solat.

Cara nak lawan si Khanzab ni ,
[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.Sebab tu kita kena belajar.Apa tafsiran al-Fatihah,surah2 yg kita baca,bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2.Jadi sambil kita baca, kita faham.Bukan hafal dan baca tegak je.makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.Ok, pasni cuba taktik ni.Tengok siapa menang,kita atau syaitan?
In shaa Allah..

Sunday, February 21, 2016

Allah maha pemurah

● Tak Solat Subuh, bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.

● Tak Solat Zohor, balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.

● Tak Solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.

● Tak Solat Maghrib, nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.

● Tak Solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.

● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka BABI.

● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azabNya. Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dahsyat bagi  yang meninggalkan solat.

(Petikan Kuliah)
Fikirkan sejenak petikan diatas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yg Allah bagi.

Saturday, February 20, 2016

DUIT

Nama aku DUIT, 
kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.
(Sape tak baca rugi, dan sila share dgn kenalan anda) 
Rupa aku biasa je, 
badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. 
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, 
kerana manusia mengidolakan aku. 
Ramai orang merubah keperibadiannya,
mengkhianati kawan, 
memutuskan persaudaraan, 
menjual maruah, 
malahan meninggalkan keyakinan imannya, 
demi aku! 
Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, 
tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, 
menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina. 
Aku bukan Iblis, 
tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku. 
Aku juga bukan orang ketiga, 
tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku. 
Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. 
Sangat jelas juga aku bukan tuhan, 
tapi manusia menyembah aku seperti tuhan, 
bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, 
padahal seringkali mereka diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit. 
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku. 
Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang. 
Sedarkah anda, 
aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya. 
Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. 
Walhal, 
tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi. 
Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. 
Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. 
Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya. .
Yang benar, 
Duit.. 
BILA KITA POST ↓ 'Allahuakbar' 'Subbahanallah' 'Astaghfirullah' ↑ 
automatik ada orang baca ..

Friday, February 19, 2016

Lihat pada diri

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Thursday, February 18, 2016

Syeikh Abdullah Al-Qumairi ulama dan pencipta nama Kedah Darul Aman

Oleh (Allahyarham) Wan Mohd. Shaghir Abdullah (Al-Fatihah)

ADA yang berpendapat bahawa tokoh penyebar Islam di Aceh yang juga penyusun kitab Bahr Al-Lahut iaitu Syeikh Abdullah Arif adalah sahabat kepada tokoh ulama yang diperkenalkan pada kali ini.

Namun ada pula berpendapat bahawa kedua-dua Syeikh Abdullah ini adalah orang yang sama.

Syeikh Abdullah Arif di Aceh dikatakan berada di Aceh sekitar tahun 560H/1165M-1177M, sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi ini atau nama lengkapnya Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairi berasal dari Syahir Yemen dan tiba di Kedah tahun 531 H.

Kisah lengkap Syeikh Abdullah al-Qumairi yang lengkap diriwayatkan oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Ia ditransliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada Latin/Rumi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1968.

Menurut Buyong Adil dalam Sejarah Kedah (Terbitan DBP, 1980), kedatangan Syeikh Abdullah ke Kedah tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1136M. Menurut Bahayuddin Haji Yahaya dalam Naskhah Jawi, tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1137M.

Diriwayatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah seorang ulama yang berasal dari Yaman dan datang bersama-sama dengan 11 orang sahabatnya.

Dalam buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, cetakan pertama 1987 hlm 10) oleh Haji Ibrahim Ismail, disebutkan dalam Hikayat Merong Maha Wangsa bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani (berkemungkinan maksudnya Syeikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani) adalah murid kepada Syeikh Abdullah di Baghdad.

Jika disemak dengan teliti kandungan buku tersebut, penulis menyimpulkan Islam datang ke Kedah jauh lebih awal daripada kedatangan Syeikh Abdullah al-Qumairi.

Ini kerana dinyatakan dalam buku tersebut bahawa sesudah merdeka ditemui sebuah nisan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M. Haji Ibrahim Ismail memetik dari kertas kerja berjudul ‘Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam’ (1982) oleh Ismail bin Haji Salleh.

Selain itu, ia juga disebut oleh Abdullah Abbas Nasution dalam Islam 14 Abad dan manuskripnya diserahkan kepada penulis. Lihat juga Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman dalam Islam di Brunei Darussalam, cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, cetakan pertama, 1992, halaman 30.

Mendahului

Melihat kepada perbandingan tahun kedatangan di antara kedua-dua tokoh ini iaitu Syeikh Abdullah Arif di Aceh (560H/1165M) dengan Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya di Kedah, ini bermakna Syeikh Abdullah al-Qumairi di Kedah mendahului kedatangan Syeikh Abdullah Arif di Aceh lebih kurang 29 tahun.

Namun apabila dibandingkan pula dengan tarikh batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah di Langgar, Kedah pada tahun 291H/903M dengan tulisan M. Junus Djamil yang menyebut bahawa kerajaan Islam telah lahir di Perlak tahun 225H/840M, yang dilihat perbezaannya adalah lebih kurang 66 tahun.

Oleh itu, apabila dilihat tahun-tahun tersebut perbezaannya tidak jauh. Walaupun dinyatakan oleh Haji Ibrahim Ismail bahawa kerajaan itu lebih kurang 300 tahun lebih awal dari kewujudan Kedah (Lihat Sejarah Kedah Sepintas Lalu, halaman 18).

Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan dipetik oleh Buyong Adil bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi dan 11 orang sahabatnya telah berhasil mengislamkan Raja Kedah yang kesembilan, iaitu Maharaja Derbar/Durbar Raja II yang ketika itu berkedudukan di Istana Bukit Meriam.

Namun, dalam Hikayat Merong Maha Wangsa, bukan raja yang kesembilan, tetapi adalah raja yang ketujuh. Nama raja juga berbeza, raja Kedah menurut hikayat tersebut bernama Phra Ong Maha Wangsa.

Nama baginda raja itu juga ditukar oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi dari Maharaja Derbar/Durbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa menjadi Sultan Muzaffar Syah I(mangkat pada 13 safar 575 Hijrah / 1179 M). Negeri Kedah pula diberi nama Kedah Darul Aman.

Pada hari pengislaman raja Kedah itu turut diislamkan pembesar-pembesar istana. Ini bererti dilakukan pengislaman secara massal.

Pengislaman terhadap rakyat pula diatur strategi bersama-sama di antara Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya, bahkan disertai Sultan Muzaffar Syah I sendiri. Dalam waktu yang singkat dan cepat, hasil kerjasama yang padu dan sepakat antara ulama (Syeikh Abdullah al-Qumairi) dengan umara (Sultan Muzaffar Syah I) tersebut, maka rakyat Melayu yang asal dalam kerajaan Kedah Darul Aman serta merta memeluk Islam kesemuanya.

Ini membuktikan kejayaan dakwah dan pendidikan Islam yang dijalankan oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab.

Oleh itu, secara langsung Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah sebagai guru kepada Sultan Muzaffar Syah I, malah guru bagi pihak keluarga istana Sultan Kedah Darul Aman. Oleh kerana sangat kasih dan hormat Sultan Muzaffar Syah I kepada Syeikh Abdullah al-Qumairi, baginda melantik ulama tersebut sebagai orang tua dan penasihatnya.

Untuk mengembangkan lagi dakwahnya, Syeikh Abdullah al-Qumairi menyarankan supaya dibina sebuah menara sebagai tanda kebesaran Islam di puncak Gunung Jerai. Menara tersebut dijadikan sebagai tempat azan, untuk menyeru orang sembahyang. Maka, Sultan Muzaffar Syah I memerintahkan supaya dilaksanakan saranan ulama tersebut.


Wasiat

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah al-Qumairi jatuh sakit dan ditakdirkan meninggal dunia beberapa hari selepas itu. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat agar jenazahnya dikebumikan di tanah yang rata berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Sekitar kubur beliau itu dinamakan orang dengan Padang Tok Syeikh.

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri bin Utsman (tokoh yang menghidupkan Silat Abjad), pernah bercerita kepada murid-muridnya bahawa seorang wali Allah yang sangat terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi beberapa kali. Beliau juga pernah sembahyang di tempat tanah lapang di Gunung Jerai itu.

Kisah mengenai Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi itu dapat diterima akal kerana wali Allah tersebut wafat dalam tahun 561H/166M sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi wafat dalam sekitar tidak berapa lama setelah kedatangannya di Kedah itu (531H/1136M atau 1137M).

Mengenai Syeikh Abdullah Al-Qumairi

* Datang ke Kedah pada tahun 1136 atau 1137.

* Berasal dari Yemen.

* Mengislamkan maharaja Derbar/Durbar II di Istana Bukit Meriam.

* Menukar nama Raja kepada Sultan Muzaffar Shah I.

* Guru Sultan Muzaffar Syah I.

* Memberi nama Kedah Darul Aman.

* Mengarahkan dibina menara kebesaran Islam untuk azan di Gunung Jerai

Wednesday, February 17, 2016

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

KENAPA RASULULLAH SAW & PARA SAHABAT SENTIASA SOLAT BERJEMAAH KHUSUSNYA DI MASJID?

BILA SOLAT DI MASJID, INSHAALLAH KITA AKAN PEROLEHI :
1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan ke dalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i'tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah di tabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah Rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat2 ini, berapa yg tidak boleh dicapai jika solat berjamaah di rumah?
Oleh itu marilah kita sbg lelaki sejati yg mukallaf & akil baligh berjemaah di masjid sedapat yg mungkin.
Wallahu'alam..

# GURAUAN PUNCA KAFIR...

Takut2 kita ter'cakap'.
Ni dari sumber 'Usrah TV9'.

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA, FIKIR DULU
SEBELUM CAKAP.

Antara contoh-contoh dialog menjadi kafir dalam tak sedar:

1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. - jatuh kafir

2. Tak payahlah simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tengok. - jatuh kafir

3. Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. - jatuh kafir

4. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro... - jatuh kafir

5. Senyumlah skit, muke masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tengok. - jatuh kafir

6. Sedarlah sikit yang selama nie kerajaan bagi
rezeki kat kamu. - jatuh kafir

7. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan
mahkamah la pulak. - jatuh kafir

8. Erm... kalo murtad mesti boleh buat maksiat
kan? Macam best je... - jatuh kafir

9. Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... - jatuh kafir

10. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni. - jatuh kafir

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN,
MENAFIKAN sunnah
Rasulullah SAW dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"  -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

P/S: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta
zikir - pesanan pada
semua dan diri sendiri.

# Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain juga. Bahaya ni... baru tau. Masya Allah !

Syirik kecil boleh jadi macam ini. Situasi:

1. Ida sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya Farah berkata;
"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

2. Azizi bertanya kpd Khuzaimi; "Awak dah solat Zuhur? Khuzaimi menjawab, "Dah, semalam."

Hah perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan
amalan wajib lima waktu.

Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? 
Sila copypaste n kongsi.
Ilmu bukan utk dijual beli.
Sumber 'Usrah' TV9
Wallahuallam...

- "GWYOMI" bermaksud "SAYA SAYANG YAHUDI".    
- "POKEMON" bermaksud "SAYA YAHUDI".       
- "PIKACHU" bermaksud "JADILAH ORANG YAHUDI".       
- "CHARMANDER" bermaksud "ALLAH ITU LEMAH".        

Please sebarkan. Tak mati pun kalau share... *Astaghfirullah* Jangan sebut "alee uto". Perkataan ini berasal dari bahasa Ibrani yang membawa maksud "KEPALA ITU TUHANKU".     

# Sebarkanlah...
 
⚠ Amaran ⚠
Orang beragama Islam tolong jangan guna tanda ini:

1. 🖖🖖🖖🖖🖖🖖 = Maksud tanda ini ialah 'Hormat Vulcan', simbol ni digunakan dalam amalan di dalam agama Judais (agama Yahudi).

Baca website ni untuk tahu lebih banyak pasal Hormat Vulcan: http://en.wikipedia.org/wiki/Vulcan_(mythology).
Baca website ni untuk tahu lebih banyak pasal agama Judais  : http://en.wikipedia.org/wiki/Judaism

2. Jangan guna isyarat 👌👌👌👌👌👌.

3. Simbol ni bermaksud ✌✌✌✌✌✌ kejayaan untuk syaitan.

Tolong kongsi pada orang ramai. Simbol ✌ dan 👌 ni dah popular ngan umat Islam.

Saya sayang Allah. Syaitan cakap "Takyah kongsi, tipu jer semua ni." So tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a'lam...

Friday, February 12, 2016

Renunggan

🍀 Dimana asal para nabi..???

✔Adam(AS) - Sri Lanka
✔Nooh(AS) - Jordan
✔Shoaib(AS) - Syria
✔Saleh(AS) - Lebanon
✔Ibrahim(AS) - Palestine Dan wafat di  iraq
✔Ismail(AS) - Saudi Arabia
✔Yakoob(AS) - Palestine
✔Yahya(AS) Palestine
✔Zakariya (AS) Palestine
✔Ishaq(AS) - Palestine
✔Yusuf(AS) - Palestine
✔Looth(AS) - Iraq
✔Ayub(AS) - Jordan
✔Hood(AS) - Yamen
✔Nabi-Muhammad (SAW) - Saudi Arabia

📝Umur para nabi📝

✅Adam(AS) - 1000 Thn
✅Nooh(A S) - 950 Thn
✅Shoaib(AS) - 882 Thn
✅Saleh(AS) - 586 Thn
✅Zakariyya(AS) - 207 Thn
✅Ibrahim(AS) - 195 Thn
✅Sulayman(AS) - 150 Thn
✅Ismail(AS) - 137 Thn
✅Yakoob(AS) - 129 Thn
✅Musa(AS) - 125 Thn
✅Ishaq(AS) - 120 Thn
✅Harun(AS) - 119 Thn
✅Yusuf(AS) - 110 Thn
✅Isa(AS) - 40 Thn
✅NABI MUHAMMAD (SAW) - 63 Thn

✔Jangan simpan je mesej ni.. Forward kpd Muslim yang lain..
🎾🎾🎾 Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala y kita mahukan.. Maka marilah kita sama2 mnyebarkn mesej ini.

Kenapa kita rasa mengantuk bila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Cuba fikir, nak forward mesej ni? Atau nak biar je sebab takut org gelakkan anda?
Forward mesej ini kepada kawan/contacts.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku didepan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada BLACKBERRY tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, Dan tetap akan saya ikut selamanya.. 

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung denganNya...

Tolong forward mesej ini kepada semua contact anda!
* Dikatakan bahawa bila Malaikat Maut cabut nyawa dari jasad org y mati.. Dia adalah satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut dari jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, MasyaAllah!  Moga Allah menyelamatkan kita dari sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita dari Azab. Aameen..
💟Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
💟Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW). 
💟Tiada ajaran secantik Islam.
💟Tiada lagu sesedap Adhaan.
💟Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
💟Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
💟Tiada sembahyang sesempurna SALAAT(Namaz).
💟Tiada diet sesempurna PUASA.
💟Tiada pengembaraan sesempurna HAJJ.
💟💟Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Tolong forward mesej ini utk berkongsi ilmu.
Ini benda biasa kita buat, sebahagian dari kita bercakap masa tgh Adhaan... 
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Adhaan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Adhaan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati... Tolong pass mesej INI kpd Muslim yang lain...
BACA DU'A INI UTK HIDUP Y LEBIH BAIK..
 Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika. 
Duaa y hebat telah dihantar kepada anda. Apa y anda fikir nak buat dgn Duaa ini. Bayangkan kalai 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
SubhaanaLLaah!!!
📌Bangun bila dengar AZAN, seperti anda bangun bila PHONE BERBUNYI❗
 
📌Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗

♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗

♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗

♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗

🍇"FAJR" 4/6 Minit❗

🍇"ZUHUR" 6/8 Minit❗

🍇"ASAR" 6/8 Minit❗

🍇"MAGHRIB" 5/7 Minit❗

🍇"ISHAA" 7/10 Minit❗

🍒Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam❓ 🍒

♥ Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH ?

Thursday, February 11, 2016

6 perkara Allah sembunyikan

Menangis saya bila baca , meremang bulu roma. Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Monday, February 8, 2016

IMAM SYAFIE: ULAMA BERJIWA BESAR

Kita kenal dengan seorang Ulama besar, Imam besar, tokoh besar. dialah Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafi'i. Atau yang kita kenal dengan Imam Syafi'i.

Suatu ketika ada seseorang yang bernama Yunus bin Abdil A'la (salah satu murid Imam Syafi'i) yang berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i dalam satu permasalahan di saat beliau sedang mengajar di masjid.

Kemudian berdirilah Yunus sambil marah dan meninggalkan pengajian lalu pulang ke rumahnya.

Malam tiba. Yunus mendengar suara pintu rumahnya diketuk orang.

"Siapa..?" Tanya Yunus.

"Muhamad bin Idris.." Kata yang mengetuk.

"Ini Syafi'i", kata Imam Syafi'i.

Waktu pintu dibuka, Yunus terkejut luar biasa..!

Lantas Imam Syafi'i berkata:

"Hai Yunus, ratusan masalah menyatukan kita, apakah hanya kerana satu masalah kita berpisah..?" 

Janganlah engkau berupaya untuk selalu menang dalam setiap perdebatan, krana memenangkan hati lebih utama daripada memenangkan perdebatan! 

Jangan kau hancurkan jambatan yang sudah kau bangun dan kau seberangi, kerana boleh jadi  jadi engkau memerlukannya untuk kembali di satu hari nanti..!

Upayakan diri engkau untuk membenci kesalahan, bukan membenci pelakunya..!

Marahlah engkau pada maksiat, tapi maafkan pelakunya. Kritiklah pendapat orang, namun tetap hormatilah orang yang mengatakannya. 

Tugas kita dalam hidup ini adalah membunuh penyakit, bukan membunuh orang yang sakit..!

Jika orang datang padamu meminta maaf, berilah maaf!

Bila engkau didatangi orang bingung, dengarkanlah luahannya! Jika orang yang datang padamu, berilah ia dari sebahagian apa yang telah Allah berikan padamu. Bila ada yang datang menasihatimu, berterima kasihlah kepadanya...!

Meskipun engkau hanya menuai duri di satu hari, tetaplah kau tanam bunganya dan jangan pernah ragu. Kerana balasan dari Zat yang Maha Kasih dan Maha Dermawan jauh lebih mulia dari pada balasan manusia.
                          
-------------------------------------

Ya Allah,
Ampunilah kami dan saudara-saudara  kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang  yang beriman. Wahai Allah, sungguh Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Semoga bermanfaat.

-ust iqbal-

Friday, February 5, 2016

JIWA TARBAWI


Kegembiraan di pagi-pagi hari ialah bila
dapat meringankan kesusahan saudara muslim...

عن  أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال :  من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا ، نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة ، ومن يسر على معسر ، يسرالله عليه في الدنيا والآخرة ، ومن ستر مسلما ، ستره الله في الدنيا والآخرة ، والله في عون العبد ، ما كان العبد في عون أخيه 

رواه  مسلم .  

Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud): 

" Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu  dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya".

3 x 1/2 minit

Dari YB Dr Daroyah Alwi

Assalam..
Saya nak kongsi very good tips - bagi yg terbangun dari tidur utk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal. 

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? 

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat
penting?
Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1.  Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit; 

2.  Duduk di katil utk tempoh 
    1/2 minit; 

3.  Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit. 

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan,  mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil,  di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..
Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring. Kalau yg dah tahu anggap sebagai refresher.

Thursday, February 4, 2016

Patin Sungai Langat

Dah lama tak turun mancing sungai.
Sekali sekali turun ada juga hasilnya di sisiran sungai Langat.





Wednesday, February 3, 2016

SITUASI TERKINI VIRUS ZIKA DI MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM)  ingin  memaklumkan status terkini berkaitan jangkitan virus Zika yang telah merebak dengan pantas ke beberapa buah negara terutama di rantau Amerika. Pada masa ini terdapat sebanyak 26 buah negara telah melaporkan kes Zika iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Costa Rica, Curacao, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Jamaica, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, dan Venezuela.


Pada 1 Februari 2016, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan jangkitan virus Zika sebagai "Public Health Emergency of International Concern" (PHEIC) iaitu melalui mesyuarat pertama "Emergency Committee under International Health Regulation" (IHR 2005). 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan bagi membendung penularan virus Zika ke negara ini. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah menyediakan dan pewujudan sistem pemantauan serta pengurusan jangkitan virus Zika yang melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Survelen klinikal untuk kes Zika di klinik kesihatan dan hospital.
ii. Survelan makmal untuk virus Zika
iii. Survelan "Microcephaly" bagi memantau kejadian kes ini 
iv. Tindakan pencegahan dan kawalan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri
v. Kesiapsiagaan dan Respons Pintu Masuk Antarabangsa Negara 

Melalui survelan berterusan yang dilakukan oleh KKM bagi mengesan jangkitan virus Zika di negara ini, sehingga 2 Februari 2016  sebanyak  293 sampel darah  daripada pesakit yang menunjukkan gejala denggi tetapi ujian denggi negatif, telah diuji untuk mengesan virus Zika dan setakat ini semua keputusan adalah negatif. Pemantauan dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).  
 
Selain tindakan yang telah dilakukan oleh KKM, peranan pihak masyarakat untuk  mencegah penularan jangkitan adalah amat penting iaitu seperti berikut:

i. Mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan berhampiran sekiranya  menghidap gejala dan tanda-tanda seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis setelah kembali dari 26 buah negara yang dijangkiti virus Zika. 

ii. Menangguhkan perjalanan ke negara-negara terlibat khususnya bagi wanita yang mengandung. Jika terpaksa juga melakukan perjalanan tersebut, mereka perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repellent) secara tetap.  

iii. Bagi mereka yang telah kembali dari negara terlibat tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana pengamal perubatan berdaftar sama ada kerajaan atau swasta dalam apa juga perkara berkaitan jangkitan ini.

iv. Semua pihak sama ada individu, masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu melakukan aktiviti pencegahan sepertimana penyakit demam denggi kerana virus Zika juga disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Tindakan pencegahan yang perlu dilakukan adalah  seperti berikut :-

- Memastikan kawasan persekitaran terutama tempat-tempat awam dan swasta bersih daripada tempat pembiakan nyamuk.
   
- Melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan mencegah berlakunya jangkitan kepada orang lain seperti menggunakan repellent, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan melakukan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa.

- Melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu di premis masing-masing.

- Disaran untuk memasang jejaring pada tingkap untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.  

v. Bagi kawalan di Pintu Masuk Antarabangsa, perlu dijelaskan saringan suhu badan bukanlah satu kaedah yang berkesan memandangkan sekitar 80% mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun begitu, pelawat asing yang datang atau rakyat Malaysia yang pulang dari negara terlibat dan menunjukkan gejala-gajala denggi atau Zika, disaran memaklumkan kepada anggota kesihatan yang bertugas di pintu masuk berkenaan. Mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala akan diedarkan Kad Peringatan Kesihatan bagi memaklumkan langkah-langkah yang perlu diambil jika menunjukkan gejala dalam tempoh sebulan selepas kembali ke Malaysia.

Sekiranya semua pihak  bekerjasama dalam melakukan tindakan pencegahan, khususnya dalam memusnahkan tempat pembiakan Aedes serta perlindungan daripada gigitan nyamuk dan mengambil serius jangkitan Zika ini sebagai "public health emergency" seperti yang disarankan oleh WHO, maka perebakan jangkitan ke negara ini akan dapat diatasi.  


YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3 Februari 2016

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. "Oh, maafkan saya," reaksi spontan saya. Dia juga berkata, "maafkan saya juga." Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'. 

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. "Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku". Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..