Pages

Thursday, November 17, 2016

""Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an*

Assalamualaikum semua ,,

""Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an*

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullahi 'alaih) adalah seorang da'i, pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan (keharmonian hidup) maka mereka berkata kepadanya "adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan buat demonstrasi demo demonstrasi?"

Syekh telah berkata kepada mereka "demonstrasi adalah cara orang-orang batil (tidak berada di atas jalan yang benar). Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang, sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh maka berkuranglah nilai barang. Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan."

Justeru, hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh hingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkurangan harga-harga barang.

Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut).

Demi Allah jika ada rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yg licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya. Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yg Allah bawa kepada engkau.

*Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu.*

Firman Allah SWT dalam surah Al-Al-A'raf bermaksud "dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi".

Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagian masyarakat manusia dan akan tersebat kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah.

Baca buat renungan kita bersama

No comments: