Pages

Friday, May 11, 2012

Tazkirah Jumaat 110512

Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW.

Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama pada hari yang mulia ini.

 

Organ utama dalam diri manusia adalah hatinya. Penilaian Allah SWT terhadap hamba-hambanya nanti bergantung kepada hatinya. Jadi ianya perlu dijaga dengan baik agar tidak sakit dan rosak. Hati yang suci mampu mewujudkan hubungan yang sejahtera dengan pencipta dan sesama manusia.

Tanda-tanda hati yang sakit dapat dibahagi kepada 2 kategori seperti berikut :

A.      Konteks hubungan dengan Allah

Ø  Tidak khusyuk dalam ibadah

Ø  Lalai daripada mengingati Allah

Ø  Tidak yakin dengan Allah

Ø  Tidak ikhlas dengan Allah

Ø  Tidak takut pada ancaman Allah

Ø  Tidak mengharapkan rahmat Allah

Ø  Tidak redha dengan takdir Allah

Ø  Tidak puas dengan pemberian Allah

Ø  Tidak sabar atas ujian Allah

Ø  Tidak syukur atas nikmat Allah

Ø  Tidak terasa hebatnya Allah

Ø  Tidak terasa diawasi Allah

Ø  Tidak tawakkal pada Allah

Ø  Tidak rindu pada syurga Allah

Ø  Tidak takut pada neraka Allah

Ø  Gila & rakus terhadap dunia

Ø  Membuang masa dengan sia-sia

B.      Konteks hubungan dengan manusia

Ø  Membenci & memandang hina kepada orang lain

Ø  Rasa gembira bila orang lain mendapat celaka

Ø  Enggan memohon maaf serta tidak memaafkan kesalahan orang lain

Ø  Hasad dengki

Ø  Dendam kesumat

Ø  Bakhil

Ø  Buruk sangka

Ø  Tidak bertolak-ansur & tidak bertimbang rasa

Ø  Tidak suka tolong-menolong

Ø  Tamak

Ø  Degil & keras hati

Ø  Mementingkan diri sendiri

Ø  Sombong & takabbur

Ø  Tidak sabar dengan ragam manusia

Ø  Rasa diri lebih hebat & pandai

 

Sesungguhnya semua perkara itu ada asal & puncanya. Berikut adalah punca-punca asas untuk menyelamatkan hati kita daripada ditimpa penyakit yang merbahaya di dunia & di akhirat :

Ø  Faktor kejahilan

Ø  Iman yang lemah

Ø  Makan & minum yang berlebihan

Ø  Makan & minum yang haram & syubahah

Ø  Maksiat & dosa yang dilakukan

Ø  Dosa berkaitan dengan mata (pandangan)

Ø  Banyak ketawa & sering berada dlm kelalaian

Ø  Persekitaran yang mempengaruhi ke arah maksiat

Ø  Bersahabat dengan orang yang tidak membawa kebaikan

Ø  Tidak menghadiri majlis ilmu & tazkirah

Ø  Renggang dengan Al-Quran & zikrullah

Ø  Menjauhi diri dari masjid yang merupakan pusat pemulihan & pembinaan hati

 

(Petikan daripada Majalah Q&A)

 

 

 

Renung2 kanlah & selamat beramal….Wallahua’lam

No comments: