Pages

Tuesday, October 11, 2016

Hari 'Asyura

" Hari 'Asyura ialah hari yang ke 10 di dalam Bulan Muharram. Kita tak nak jadi macam beberapa orang yang melakukan perkara dimurkai oleh Allah سبحانه وتعالى. Ada orang rasa sedih dengan apa yang berlaku pada Hari 'Asyura atas kematian Habibullah Al Imamil Husain عليه السلام. Dengan kesedihan ini mereka memukul diri mereka sendiri.

Mereka menyambut Hari 'Asyura seperti hari neraka wal'iyyazubillah. Pukul diri sendiri sehingga berdarah. Mereka semua berpakaian hitam, kalau berbuka puasa pun mereka berbuka dengan garam sahaja. Tidak ada air dan biarkan diri dalam keadaan dahaga. Bila ditanya kenapa buat macam tu? mereka mengenangkan dahaganya Saidina Husain yang tidak diberikan air sehingga wafat.

Sebenarnya waktu itu Saidina Husain sedang Berpuasa di dalam Jihadnya.  Alhamdulillah beliau sudah menang dan berjaya dengan Syurga Allah سبحانه وتعالى. Walaupun dalam jihad atau peperangan itu keadaannya sangat teruk. Tetapi sebelum beliau wafat beliau mimpi Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, Wahai Husain, kamu nak berbuka puasa di dunia atau berbuka puasa bersama aku di dalam Syurga? kata Saidina Husain, tentulah nak bersama kamu wahai Rasulullah

Kita bukan seperti mereka. Kita ikut ajaran Nabi Muhammad صلى الله عليه واله وصحبه وسلم. Saidina Husain sudah berada disisi Allah سبحانه وتعالى dan bersama datuknya Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم di dalam Syurga Allah سبحانه وتعالى. Saidina Husain dan Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم sentiasa menyebarkan kasih sayang kepada seluruh Umat Islam, bukan menyebarkan fitnah dan sebagainya.

Manhaj Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم dan Manhaj Saidina Husain ialah Manhaj yang bersih dan suci. Mereka sentiasa mengajarkan kepada kita perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Semoga kita semua sentiasa dibawah Manhaj suci Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.

Satu hari Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم berhijrah dari Makkah ke Madinah dan bertanya kepada orang yahudi, sebab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم nampak mereka berpuasa, Apa yang istimewa hari ini? Jawab yahudi itu, hari ini hari mulia bagi kaum yahudi. Apakah rahsianya? mereka jawab, hari ini Allah telah menyelamatkan bani Israel daripada Firaun, maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini tanda bersyukur kepada Allah. Kata Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, Nabi Musa ialah saudara aku daripada kamu dan aku lebih layak dengan Nabi Musa

Sebab disunnahkan seseorang itu bersyukur atau buat solat sunat syukur, puasa syukur atau sedeqah syukur setelah apa yang dia dapat daripada Allah سبحانه وتعالى. 
Pada masa yang sama, Allah سبحانه وتعالى menyelamatkan Nabi Nuh dan kaumnya pada hari 'Asyura dan Allah سبحانه وتعالى qobulkan taubat Nabi Adam pada hari ' Asyura.

Maka Baginda صلى الله عليه واله وصحبه وسلم berpuasa pada hari 'Asyura dan perintahkan kepada Sahabat untuk berpuasa hari 'Asyura. Di dalam Hadith Soheeh, Riwayat Imam Qurtubi, Para Anbiya juga berpuasa pada hari 'Asyura maka hendaklah kamu berpuasa pada hari itu.

Disebabkan Allah سبحانه وتعالى  menerima taubat Nabi Adam عليه السلام maka tanda syukur mereka kepada Allah سبحانه وتعالى, mereka mengerjakan Ibadah Puasa pada hari itu.

Di dalam satu Hadith, daripada Abdullah Bin Amru Bin Aus, barangsiapa yang berpuasa pada hari 'Asyura, seakan akan dia berpuasa satu tahun, dan barangsiapa yang bersedeqah pada hari itu, seakan akan dia telah bersedeqah satu tahun.

Hadith riwayat Imam At Tabrani, barangsiapa yang luaskan kepada Ahli Keluarganya, Allah سبحانه وتعالى akan luaskan untuknya sepanjang satu tahun. Makna luaskan itu ialah mengembirakan Ahli Keluarga kamu dengan beri hadiah ke, belanja makan ke dan sebagainya. Inilah salah satu sebab mencapai kekayaan yang zahir. Biarkan mereka gembira.

Satu Hadith daripada Al Habib Salim Asy Syatiri رحمه الله تعالى , di dalam Syurga Allah ada satu pintu dan tidak akan masuk Syurga Allah daripada pintu itu melainkan orang yang suka mengembirakan kanak kanak. Sebab itu ramai Ulama kita nampak mereka suka dengan kanak kanak, bagi coklat ,bagi duit dan sebagainya asalkan mereka gembira.

Disunnahkan juga atas kita pada 10 Muharram ziarah menziarahi Solehin, orang orang soleh,kita juga berharap agar orang soleh ziarah di tempat kita, dan sunnah juga menziarahi Qubur. Inilah amalan Ahli penduduk sejuta wali, Tareem.

Semoga kita sama sama menghidupkan sunnah sunnah ini hanyalah semata mata kerana nak mengembirakan hati Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم"

Murobbi Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى

No comments: