_*Kongsi Falak*_
Bermula semalam 16/10/2016 sehingga beberapa hari ke hadapan, berlaku fenomena ayaq pasang besaq yang melebihi paras kebiasaan hingga menyebabkan sebahagian kawasan ditenggelami ayaq laut
_Pasai apa dia berlaku?_
_Macamana boleh jadi lagu tu?_
Fenomena ayaq pasang besaq luar biasa yang berlaku la ini dipanggil *"Perigean Spring Tide"*
Perigean Spring Tide terjadi adalah pasai bulan dok ada pada kedudukan terdekatnya dengan bumi hingga menyebabkan paras ayaq laut yang kita ketahui pasang surutnya dipengaruhi bulan akan naik lebih tinggi berbanding hari biasa masa ayaq pasang.
Dalam istilah astronomi, kedudukan bulan berada pada kedudukan terdekatnya dengan bumi dipanggil *"Perigee "*
Masa di mana bulan berada pada kedudukan terjauhnya dari bumi dipanggil *"Apogee"*
Perigee dan Apogee terjadi disebabkan bulan mengelilingi bumi dengan orbit yang tidak bulat sempurna tetapi berbentuk _elipse_.
(rujuk matematik masa sekolah dulu)
Keadaan ini menyebabkan kedudukan bulan ada kalanya berada dekat dengan bumi dan ada kalanya bulan berada jauh dari bumi.
Untuk bulan Oktober ini, kedudukan bulan berada pada kedudukan antara terdekatnya dengan bumi masa bulan dok dalam fasa purnama.
Selang masa antara bulan purnama dan Perigee kurang dari 24 jam .
Bulan dok ada dalam fasa purnama pada 16 Oktober 2016 jam 12:23pm.
Bulan berada pada kedudukan Perigee pada 17 Oktober 2016 jam 07:36am.
Jarak bulan pula sekitar 357,915km daripada bumi ketika Perigee kali ini.
*Purata Jarak bumi dengan bulan:*
- 350,000km ; dekat (Perigee)
- 420,000km ; jauh (Apogee)
*Adakah fenomena ayaq pasang besar luar biasa yang berlaku ketika ini fenomena yang baru?*
Fenomena yang berlaku ketika ini bukanlah sesuatu yang baru.
Ia adalah fenomena yang berlaku berulang-ulang mengikut waktu yang telah ditetapkan Allah SWT.
Kali terakhir terjadi pada pertengahan September 2016
Tapi tak besaq sangat.
Mengikut data, fenomena ayaq pasang besaq luaq biasa akan berulang lagi pada bulan November nanti.
Puncanya sama iaitu jarak bulan purnama yang dekat dengan bumi hingga berlaku fenomena yang dipanggil Perigean Spring Tide .
Data bulan November 2016:
Bulan berada pada kedudukan Perigee pada 14 November 2016 jam 7:23pm.
Bulan berada dalam fasa purnama pada 14 November 2016 jam 09:52pm.
Pada bulan November nanti,
kedudukan bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi untuk tahun ini.
Jarak ketika Perigee pada masa itu adalah sekitar 356,512km.
Fenomena ini telah berlaku sejak azali lagi cuma sekarang agak heboh sebab kemudahan viral.
Faktor yang selalu disebut media adalah ayaq pasang besaq dan hujan sahaja. Faktor sebenar iaitu Perigee tak disebut.
Satu lagi faktor yang tak disebut adalah kemusnahan garisan hutan paya bakau dipantai. Kebanyakan kawasan yang dilanda banjir kilat ayaq pasang besaq adalah kawasan yang telah musnah hutan paya bakaunya. Tembok penghalang ombak dari beg2 pasir banyak telah musnah.
Hutan paya bakau adalah *Tembok penghalang ombak* yang terbaik.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment