Pages

Friday, December 30, 2016

Sebelum terlena

Dalam hidup kita ini kita akan melalui sesuatu peristiwa yg tak terfikirkan pun oleh kita
Sama ada peristiwa besar atau peristiwa kecil
Juga tak terduga peristiwa kecil membawa kesan yg besar dalam hidup kita

Siapa menduga daun daun kering yg berguguran boleh merobohkan sebuah bangunan

Nyamuk yg kecil lebih banyak menyebab kematian dari harimau yg besar dan gagah

Renungkan setiap kejadian dengan mata hati supaya kita lebih memahami agar tidak mengikut runtunan hati semata mata
Apatah lagi mengikut tuntutan hawa nafsu.

Friday, December 16, 2016

Hebatkah kita.

Syurga *lelaki*
pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibubapa.*     

Masa *mati*
ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia*
nasab itu pada *lelaki.*

Di *akhirat*
nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*,
bila mati
dia tetap *perlu orang lain*
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan*
dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis
tanpa *general worker.*

Seorang *raja*
tidak berkuasa
tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia...
*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
*sombong dan merasa dia lebih baik.*🤓

Wednesday, December 7, 2016

TENTANG REZEKI

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah...bos kite adalah ALLAH krn dia lah maha kaya dan maha pemberi.

Saturday, December 3, 2016

AKU TIDAK MAHU BERPISAH DENGAN HARTAKU

AKU TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTAKU DI DUNIA INI.
HARTA KU AKAN KU BAWA MATI.
.
AKU TIDAK MAU BERPISAH DENGAN KEKAYAAN KU.
.
*BAGAIMANA CARANYA?*
.
_AKU HANTAR SEDIKIT-SEDIKIT MELALUI:_
_● Masjid,_
_● anak yatim,_
_● fakir miskin,_
_● pejuang fii sabilillah._
_● yayasan/ baitul maal._
_❤madrasah/tahfiz._
_● guru2 Agama & Ulama yg rajin Ibadah_
_● saudara dan sahabat yg dirawat sakit_
.
*Alhamdulillah* masih ada yg mau terima, aku amat gembira. *Alhamdulillah* masih ada yg sudi, aku amat bahagia.
.
YANG PALING PENTING *DI AKHIRAT NANTI AKU MAU KUTIP KEMBALI HARTA HARTA INI... BUKAN SEBANYAK YANG AKU SIMPAN TETAPI BERGANDA-GANDA SEPERTI JANJI ALLAH*
.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
.
Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al Baqarah : 261
.
Maka siapa kata harta tidak boleh dibawa mati....? Harta itu boleh dibawa mati....!!! Caranya ? ...
. *JANGAN BAWA SENDIRI*... _Minta tolong dibawakan oleh fakir miskin, anak yatim, orang-orang yg berjuang di jalanNYA, Masjid/taahfiz/ madrasah/yayasan/baitul maal....dll_.

MOHON PANJANGKAN JIKA INGIN BERKONGSI SAHAM AKHIRAT 😊

Thursday, November 17, 2016

Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu Mak?’ Soalan Murid Nakal Yang Mengubahku

"Cikgu..!" sapanya.

"Semalam saya kena rotan dengan mak saya", sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.

"Rotan kat mana?"soal saya ingin tahu.

"Kat sini" sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.

"Sakit ke?"soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali.

"Menangis?"tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

"Kenapa mak rotan?"soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.

"Mak saya marah sebab saya xxxxxxx di sekolah." Balasnya.

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.

"Macamana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagitahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.

"Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam."

Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.

"Cikgu!"sapanya lagi.

"Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagitahu mak saya tak?"

Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini.

Jujurnya sepanjang menjadi guru memang tidak pernah walau sekalipun saya menelefon ibubapa atau penjaga bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka. Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.

Hati saya pada seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.

Wahai sang guru, semalam kamu mengadu kepada ibuku tentang kenakalan ku. Lalu aku terus di rotan teruk. Maka hari ini apabila aku berakhlak baik,maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibuku agarku dipuji dan dikasihi semula ibuku.

Benar. Bukan sahaja di sekolah, malah dirumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak berlaku begitu sahaja dihadapan mata.

Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.

Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran.

Mungkin kerana itu kita sering melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur.

Aku tak mampu menjawab soalan anak ini. Aku hanya mampu terus menggosok lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah.

Aku tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan aku menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah aku memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat tuhan buat kita.

Dan rahmat itu tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.

*Asmadi Abdul Samad*
_Menumpang rahmat murid-murid_
# pernah kah guru guru bgtau kebaikan ank2 disekalah  pada ibubapa.? satu persoalan....

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih :  money

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi  resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku kejalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.

~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~

SHARING IS CARING

Doa merawat angin ahmar dan penyakit kronik

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,
Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari
Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi
gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga
tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa
"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan
Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar
Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada
Nabi S.A.W.  bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar jibril lalu
Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian
Dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua
Sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa
Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur
Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROK.
*Doa merawat angin ahmar dan penyakit kronik*
Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.
*Erti:*
_Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah & lindungi aku dari darah hitam (strok) & dan dari penyakit berat_

*Panjangkanlah ke group keluarga sahabat kita yang tersayang...agar kita semua sihat sejahtera..amin*