Pages

Thursday, August 27, 2015

Al-Quran

Hadith: 

Dari Aisyah r.a katanya:�Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.�

Huraian Hadith: 

Allah SWT berfirman: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.� (Al-Waaqiah: 77-80). Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.� (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran. Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.


--
Sent from Gmail Mobile

Sunday, August 23, 2015

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki

 
 
Mencari rezeki, InshaaAllah tidaklah susah. Dengan melakukan perkara-perkara yang dituntut agama, Allah swt menjanjikan pelbagai rezeki kepada kita.

Siang malam, pagi petang mungkin kita telah berusaha sedaya upaya bekerja, tetapi untuk membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi, tidak memerlukan usaha yang terlalu njyijy5jhnkeras.

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki…

1. Jangan derhaka pada ibu dan bapa. Selalu doakan dan gembirakan mereka.

2. Jangan bergaduh bersama saudara mara. Malah, eratkan silaturahim sesama keluarga.

3. Tunaikan haji apabila mampu. Walaupun duit akan keluar, rezeki akan masuk.

4. Jadikan tabiat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Terbaiknya ketika matahari sedang naik selepas Syuruk.

5. Mulakan usaha dan kerja selepas solat Subuh. Jangan pula sambung tidur.

6. Amalkan surah Al Waqiah. Sabda Rasulullah SAW, ia adalah surah kekayaan yang perlu dibaca dan diajar kepada anak-anak.

7. Rezeki datang bila berkahwin. Jangan dilewat-lewatkan mendirikan rumah tangga.

8. … Dan apabila mendirikan rumah tangga, anak-anak juga akan membuka pelbagai pintu rezeki untuk keluarga!

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ~ Surah At-Talaq ayat 2-3