Pages

Saturday, July 12, 2014

INFO RINGKAS BERKENAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir

QISAS melibatkan 3 kes, iaitu :

a. Bunuh dengan sengaja

b. Melukakan dengan sengaja

c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

HUDUD pula melibatkan 6 kes :

a. Murtad

b. Merompak

c. Minum arak

d. Berzina

e. Mencuri

f. Tuduh zina (qazaf)

DIYAT (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja

b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

TA'ZIR pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.

Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Sila kongsikan dengan orang lain agar pengetahuan asas ini dapat diketahui oleh Islam dan Non muslim. Semoga mereka faham bahawa undang-undang Islam bukan ciptaan manusia tetapi Peraturan Allah demi kebaikan manusia khasnya dan seluruh makhluk amnya.

Untuk keterangan lanjut sila tanya para ustaz dan tuan guru di tempat anda. Usah terpengaruh dengan kenyataan mereka jahil. Wallahu a'lam