Pages

Wednesday, April 25, 2012

Kepentingan Membayar Caj Yuran Penyelenggaraan (Akta 663)

Untuk perhatian: 

Semua penghuni Sri Ixora

 

Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyelenggaraan dan pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).

 

Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyelenggaraan, JMB melalui AJK (JMB) hendaklah memberi notis 14 hari untuk pembeli membayar caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan notis 14 hari sekali lagi bagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan, pembeli masih gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak. JMB boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut (seksyen 32 (b), Akta 663).

 

Mengikut Akta 663, Bahagian VII, Deposit dan Mendapat Caj oleh Badan Pengurusan Bersama adalah seperti berikut :-

 

32. (1) Jika caj penyenggaran manjadi boleh didapatkan oleh Badan Pengurusan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23, Badan Pengurusan boleh menyampaikan kepda pembeli itu suatu notis bertulis yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh yang tidak boleh kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

 

      (2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang itu masih belum dibayar, Badan Pengurusan boleh menyampaikan kepada pembeli itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika selepas tamat tempoh tersebut jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, Badan Pengurusan itu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau sebagai tambahan atau sebagai alternative untuk mendapatkannya di bawah seksyen ini, mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bahawa seksyen 33.

 

       (3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan sesuatu kawasan pemaju, suatu notis yang dihantar oleh ejen pengurusan itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju atau Badan Pengurusan.

 

Mendapatkan tunggakan caj :-

 

33.    (1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam bulan, Pesuruhjaya boleh atas permintaan pemaju atau Badan Pengurusan mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli atau penyewa yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

 

        (2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana seorang daripada pembeli petak itu, jika lebih daripada satu, yang meminta pembeli itu membayar tunggakan itu dalam masa empat belas (14) hari dari penyerahan melalui pos atau penghantaran.

 

       (3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori harta yang ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan notis dalam Borang C Jadual Kedua kepada orang yang pada masa penahanan itu ternyata merupakan orang yang memiliki harta itu.


       (4) Pegawai itu boleh pada waktu siang, memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.


       (5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh (7) hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.


       (6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.


       (7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.


       (8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.



Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj :-


34. Mana-mana orang yang tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Friday, April 20, 2012

Biodata Nabi Muhammad SAW

"MAULID AL-RASUL SAW"
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.

· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
- Khadijah Binti Khuwailid

- Saudah Binti Zam'ah
 
- 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
-  Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
 
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
- Zainab Binti Jahsy
 
- Maimunah Binti Harith
 
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra'


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah

2. Hamzah

3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

4. Halimah Al-Saidiyyah

5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

6. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza

7. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza

8. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-'Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)

8. Abdul Ka'bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. 'Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.

## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

 

Thursday, April 19, 2012

Mariam

Sebelum menurunkan kisah Nabi Isa eloklah diceritakan hal ibunya dahulu. Ibunya adalah seorang perempuan yang mulia. Allah memuliakannya dengan menamakan sebuah surah sempena namanya. Surah itu adalah surah Mariam iaitu surah yang kesembilan belas di dalam al-Qur'an.

Bapa Mariam bernama Imran. Dia juga dimuliakan Allah. Sebenarnya, keluarga Imran dimuliakan Allah. Buktinya terdapat pada ayat berikut:

"Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam" (3:33).

Demikianlah dinamakan keluarga-keluarga yang dipilih Allah di atas semua di alam ini. Ayat itu adalah ayat yang ke-33 dalam surah Ali Imran, atau Keluarga Imran, iaitu surah ke-3 di dalam al-Qur'an.

Di surah itulah bermula cerita Mariam. Ceritanya bermula dengan kelahirannya. Allah menceritakan begini:

"Apabila isteri Imran berkata, 'Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.'

"Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, 'Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan.' Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, 'Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.'" (3:35-36)

Perhatikan kepada doa ibu Mariam sebelum dan selepas melahirkannya. Allah menerima doa ibu Mariam dengan baik.

Kemudian, Allah menceritakan pula Mariam dijagai oleh Zakaria. Mungkin kerana ibu bapa Mariam sudah meninggal dunia. Zakaria adalah ahli keluarga Imran. Dia berjaya menjaganya setelah bertengkar dengan ahli keluraga yang lain kerana masing-masing ingin menjaga Mariam (3:44).

Lalu Mariam membesar,

"..... dia membesar dengan menarik hati .... Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, 'Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?' Dia (Mariam) berkata, 'Daripada Allah,'" (3:37).

Di bilik itu sentiasa terdapat makanan yang datang dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memelihara Mariam dengan baik untuk suatu rancangan-Nya yang besar. Mariam adalah seorang yang taat kepada Allah.

Suatu hari tatkala Mariam sedang menyendiri muncul seorang malaikat (juga dipanggil rasul) yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat. Dia menjadi takut seraya berkata,

"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'

"Dia  (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'

"Berkata, 'Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?'

"Dia berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:18-21).

Bayangkanlah perasaan seorang perempuan yang mulia yang akan mengandung tanpa suami! Bagaimanakah dia akan menjelaskannya kepada keluarganya dan orang lain?

"Lalu dia mengandungnya, dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh" (19:22).

Tempat itu, menurut ayat 23:50, adalah "di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air."

"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, 'Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang dilupakan!'" (19:23).

Mariam kesakitan. Dia keseorangan. Kalaulah dia sudah mati sebelum itu, katanya. Justeru, bayi yang baru dilahirkannya berkata-kata pula kepadanya.

"Tidak, janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu mengadakan di bawah kamu sebuah anak sungai.

"Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.

"Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah; dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'" (19:24-26)

Anak yang baru dilahirkannya, selain menyuruh makan dan minum, mengajarnya apa yang harus dilakukan apabila berjumpa orang lain. Dia menyuruh ibunya mendiamkan diri kerana dialah yang akan menjelaskan keadaan sebenar. Selepas itu Mariam pulang ke rumah.

"Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, 'Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!

"Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang,'" (19:27-28)

Sekiranya Mariam menjawab tuduhan itu tentu keadaan menjadi amat rumit lagi baginya. Dia mendiamkan diri seperti yang disuruh oleh puteranya.

"Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, 'Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?'" (19:29)

Lalu sesuatu yang memeranjatkan mereka berlaku, apabila,

"(Isa) Berkata, 'Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.

"Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,

"Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.

"Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup'" (19:27-33).

Apakah reaksi orang ramai apabila melihat Nabi Isa berkata-kata semasa masih bayi lagi?

Namun, selepas berlaku mukjizat itu, masih terdapat orang-orang yang tidak percaya dan melakukan pengumpatan yang besar terhadap Mariam (4:156). 

Apa yang berlaku pada Mariam adalah suatu contoh ujian dan pengorbanan bagi orang yang percaya kepada Allah. Khususnya bagi kaum wanita.

Mariam adalah salah seorang daripada dua orang perempuan beriman yang berdarjat tinggi di sisi Allah. Demikian itulah kata Allah berbunyi,

"Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.'

"Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh" (66:11-12).

Akan tetapi, Allah berfirman lagi mengenai Mariam. Kata-Nya Mariam adalah di atas semua perempuan di semua alam. 

"Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42). 

Selepas ini, sekiranya para pelajar berjumpa atau mendengar orang yang menyebut nama perempuan lain sebagai yang paling mulia di dunia maka ingatlah bahawa orang itu adalah seorang pendusta yang nyata.

 

Kisah Siti Khadijah

 

Khadijah binti khuwailid, adalah nama yang sudah tidak asing lagi….

Beliau di juluki Ath-thohirah, yang berarti bersih dan suci. Beliau tumbuh dalam lingkungan keluarga yang mulia dan pada gilirannya beliau menjadi seorang wanita yang cerdas dan agung. Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik dan memiliki perangai yang luhur. Karena  itulah banyak laki-laki dari kaumnya menaruh simpati kepadanya.

Setelah bercerai dengan suami yang pertama, banyak dari para pemuka-pemuka Quraisy yang menginginkan Beliau untuk dijadikan istri, tetapi, Khadijah lebih memprioritaskan perhatiannya dalam mendidik putra-putrinya, juga sibuk mengurusi perniagaan yang kemudian dari hasil usaha yang di kelolanya, Beliau menjadi seorang yang  kaya. Kepandaian dan kejelian Beliau, kemudian Beliau menawarkan Muhammad yang pada saat itu belumlah diangkat menjadi Nabi, untuk menjual dagangannya. Kejujuran dan sikap profesional yang di miliki Muhammad dalam berdagang, membuat kekayaan Khadijah semakin bertambah banyak.

Khadijah memiliki wajah yang cantik, berasal dari keturunan yang terhormat, memiliki martabat karena kepandaian dan kecerdasaanya, dan ia juga adalah wanita yang kaya raya. Maka tidaklah mengherankan dengan kondisi yang demikian itu semakin banyak para pemuka Quraisy yang terhormat dan kaya raya ingin menjadikan Khadijah sebagai istri. Singkat cerita, semua tawaran tersebut ditolak oleh khadijah, karena hatinya telah tertambat pada pribadi yang terpercaya, jujur, profesional dalam bekerja, dan memiliki akhlaq yang mulia, ia adalah Muhammad. Dan Allah mentakdirkan mereka untuk menikah, walaupun pada waktu itu, umur Khadijah yang telah sampai di usia 40 Tahun kecantikannya tetap mempesona Muhammad yang berumur 25 tahun.

Keutamaan Khadijah diriwayatkan sebagaimana sabda Rasulullah saw ;

"Tidaklah Allah mengganti untukku (istri) yang lebih baik darinya (khadijah). Dia beriman kepadaku saat orang-orang kufur. Dia mempercayaiku saat orang-orang mendustaiku. Dia memberikan hartanya kepadaku saat orang-orang mengharamkan harta untukku. Dan dia memberikan aku anak saat Allah tidak memberikan anak dari istri-istriku yang lain".

Khadijah adalah sosok wanita pilihan yang Allah amanahkan untuk mendampingi Muhammad dalam menjalani tugasnya sebagai Rasul Allah.

Salah satu hikmah yang bisa kita petik dari kisah hidup khadijah, adalah keuletannya, kesungguhannya, kecerdasan dan ketelitiannya dalam menjalankan usaha perdagangan. Tetapi, semua usahanya itu tidaklah ia jadikan semata-mata untuk kesenangan yang bersifat keduniawian semata. Sebagaimana sabda Rasulullah, Khadijah dengan rela memberikan hartanya untuk kepentingan dakwah Rasulullah. Dan hal itu, Beliau lakukan sampai ajal menjemputnya.

Apa yang dilakukan oleh khadijah sangat berkaitan erat dengan makna zakat.

Zakat….hanya diwajibkan bagi mereka yang memiliki kelebihan harta yang telah memenuhi syarat dan perhitungan yang telah ditetapkan. Artinya, agar jika seseorang ingin ber-zakat, maka ia harus berusaha. Dan dari apa yang Allah berikan atas hasil usahanya itulah yang wajib ia keluarkan zakatnya. Dan bagi seorang istri yang tidak bekerja, maka ia dapat berzakat apabila ia mendapatkan nafkah yang khusus diberikan oleh suaminya…

Dengan demikian, bekerja…adalah termasuk dalam ibadah yang juga bernilai pahala di sisi Allah. Islam tidak menghalangi kaum wanita untuk produktif dalam mencari karunia Allah di dunia ini dengan bekerja, bahkan Islam menganjurkan agar kaum wanita tidak kalah produktifnya dengan kaum pria.  

Dan Allah memberikan pilihan bagi kaum wanita, apakah ia mau memilih sebagai pekerja, wanita karier, pengusaha, atau sebagai ibu rumah tangga.. Semua itu sama baiknya.

Selama ia menjaga kehormatannya, harga dirinya, dan taat pada aturan yang Allah tetapkan. Apapun pilihannya, Insya Allah akan bernilai pahala.

Dalam kisah Siti Khadijah, Allah telah mengabadikan teladan bagi kaum wanita…,

Khadijah, adalah wanita yang cerdas, ibu rumah tangga yang amanah, pendidik bagi anak-anaknya, pengusaha yang sukses, Istri seorang Nabi dan Rasul, dan pejuang di jalan Allah….

Dan tidaklah mungkin Allah jadikan khadijah sebagai teladan jika tidak mungkin untuk di teladani, karena pada dasarnya, kaum wanita…adalah kaum yang mampu melakukan semua itu…

Wallahu'alam..

 

Sunday, April 8, 2012

Pelantikan Ahli Majlis Tahun 2012 Sesi 2012/2013

 Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Perbandaran, Wisma MBSA

 

Seramai 16 orang Ahli Majlis telah dilantik semula, manakala seramai 7 orang lagi merupakan Ahli Majlis yang baru dilantik untuk sesi ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Majlis MBSA yang dilantik bagi Sesi 2012/2013.

Datuk Bandar Shah Alam - Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan
Datuk Bandar Shah Alam - Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam - Tuan Mohtar Bin Hani
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam - Tuan Mohtar Bin Hani
Y.D.H Dato' Hj. Emran bin Hj. Kadir - Ahli Majlis   Encik Kamarudzaman bin Sanusi - Ahli Majlis
Y.D.H Dato' Hj. Emran bin Hj. Kadir - Ahli Majlis   Encik Kamarudzaman bin Sanusi - Ahli Majlis
Encik Zainal bin Said - Ahli Majlis (Baru)   Tuan Ir. Izham bin Hashim - Ahli Majlis
Encik Zainal bin Said - Ahli Majlis (Baru)   Tuan Ir. Izham bin Hashim - Ahli Majlis
YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim - Ahli Majlis   Encik Norhalim bin Sirome - Ahli Majlis
YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim - Ahli Majlis   Encik Norhalim bin Sirome - Ahli Majlis
Puan Dr. Daroyah bt. Alwi - Ahli Majlis   Puan Noraini Bt. Hussin - Ahli Majlis
Puan Dr. Daroyah bt. Alwi - Ahli Majlis   Puan Noraini Bt. Hussin - Ahli Majlis
Encik Ang Leng K iat - Ahli Majlis   Encik Ng Boon Teck - Ahli Majlis
Encik Ang Leng K iat - Ahli Majlis   Encik Ng Boon Teck - Ahli Majlis
Encik Sivarajan a/l Arumugam - Ahli Majlis   Encik Abd Manaff bin Hj. Yusoff - Ahli Majlis
Encik Sivarajan a/l Arumugam - Ahli Majlis   Encik Abd Manaff bin Hj. Yusoff - Ahli Majlis
Puan Mariam Binti Abd. Rashid - Ahli Majlis   Puan Sarimah bt. Lisut - Ahli Majlis
Puan Mariam Binti Abd. Rashid - Ahli Majlis   Puan Sarimah bt. Lisut - Ahli Majlis
Encik Tan Ah Kow - Ahli Majlis   Encik Ganabatirau a/l Veraman - Ahli Majlis
Encik Tan Ah Kow - Ahli Majlis   Encik Ganabatirau a/l Veraman - Ahli Majlis
Encik Halim bin Mohamed Redzuan - Ahli Majlis   Encik Hisham bin Sariman - Ahli Majlis (Baru)
Encik Halim bin Mohamed Redzuan - Ahli Majlis   Encik Hisham bin Sariman - Ahli Majlis (Baru)
Encik Sabastine Rao a/l Pragasam - Ahli Majlis   Encik Abdul Razak bin Idris - Ahli Majlis (Baru)
Encik Sabastine Rao a/l Pragasam - Ahli Majlis   Encik Abdul Razak bin Idris - Ahli Majlis (Baru)
Puan Ruthira a/p Surasan - Ahli Majlis (Baru)   Encik Fakhrul Azman bin Khalidin - Ahli Majlis (Baru)
Puan Ruthira a/p Surasan - Ahli Majlis (Baru)   Encik Fakhrul Azman bin Khalidin - Ahli Majlis (Baru)
Encik Prakash Rao s/o Applasamy - Ahli Majlis (Baru)
Encik Prakash Rao s/o Applasamy - Ahli Majlis (Baru