Pages

Wednesday, December 8, 2010

Berpeluh di pagi hari

Ha.. haa.... pagi ni aku bermandi berpeluh walaupun dah mand nak gi kerja ....

Hari ni motor buat hal la pulak.. Tali minyak jem tak boleh free.. bermula dari round board. Nasib baik tak ada banyak kenderaan, alhamdulillah. Mula-mula penik juga macam mana nak kasi motor ni berhenti. traik break pun still meluncur laju juga. Ambil coner dah macam motor GP.
Apa-apa pun kita jangan penik, cari tempat selamat dan ketepi matikan engin motor (untuk motor scooter sebab tak ada gear nak freekan). Berhenti lah motor kat tepi jalan. Nak tak nak kena tolak motor ke bengkel lebih krang 1 km kot.

Sekali lagi ke kolam Pandamaran

Sekali lagi aku ke kolam pandamaran cuti 1 Muharam yg lepas. Gi Kolam 1.
Kali ini tak kecewa. Dapat bertarung dua kali walaupun cuma satu yg dapat di jinakkan. yg first terlucut masa tarik nak naikkan. Ingatkan ikan dah lemah, rupanya sekali dia rentap terus mata kail terlucut. Tak ada rezeki yg ni.
Kali ni aku takguna teknik pin pada perambut. Hanya guna pemberat sahaja.Yg ni baru menjadi dan dijamah oleh ikan.

Ikan Jenahak yg dinaikan
My son bersama Jenahak

Sunday, December 5, 2010

Kembali aktiviti memancing

Dah lama aku tak melakukan aktiviti mamancing, dah hampir 3 tahun semenjak wife aku mengandung. Kini anak dah 2 tahun baru nak mula memancing semula.

Hujung minggu lepas pergi ke Kolam pancing Sea Lion Port Klang (kolam air masin) ada ikan siakap, jenahak, kaci, merah kerapu dan bawal.

Kau lihat otai-otai kat situ dapat naikkan 3 ke 4 ekor dalam masa 3 jam aku pun cuba nasib kat kolam 3. Aku guna teknik pelampong guna joran cap ayam aja.

Mungkin dah lama tak ke sana umpan aku tak di sambar dik penghuni dasar kolam. Mula-mula guna umpan udang hidup lepas tu tukar ikan hidup. Lebih 2 jam masih tak ada sambaran dari penghuni dasar kolam.

Akhirnya umpan aku di sambar oleh penghuni kolam setelah lebih 2 jam menunggu. Umpan aku dilarikan ke tepi kolam so aku kurang bertarung ikan yang memakan umpan aku. Tak sampai 5 minit ikan dah di daratkan. Wow, ikan kaci hampir 2 kilo.
Hari itu hanya dapat 1 ekor untuk 3 jam mamancing.











Ikan kaci yg di daratkan


2 hari berikutnya aku memancing di kolam pandamaran, 1st time aku ke sana. Ada 3 kolam kat sana. Kolam 1 ikam bersais besar 3 kila keatas duka 3 x seminggu. Kolam 2 buka setiap hari. Kolam 3 buka 3 pm hingga larut malam. Ikan 2 kilo keatas.

Aku mencuba nasib di kolam 3. Menurut otai-otai di situ ikan suka berlegar di tepu sangkar dekat tokong area sebelah kanan kaunter. Aku pot kat situ.

Aku gunakan teknik floating dgn perambut 5 kaki dgn pelampong pendik sedikit dari pin mata kail. Mata kail perambut 1 kaki panjang. Line 30lb.

Mungkin aku orang baru disitu umpan aku tak sedikit pun dijamah oleh penghuni dasar kolam. Aku balik dgn tangan kosong hari tu.

Tak apa, aku akan kembali lagi dan cuba dgn teknik lain, mungkin casting atau pendam. Sambil bertanya dgn otai-otai di sana.


Sekitar suasana di kolam Pandamaran