Pages

Sunday, February 5, 2017

INSURAN MULUT.

(Da'i Hilman&Ustaz Amran Yusoff)

INSURAN MULUT.
••••••••••••••••••••••••
Di akhirat nanti mulut akan dikunci rapat,tangan akan berkata~kata dan kaki akan menjadi saksi.
Pada dasarnya mulutlah pemujuk yg terbaik dan mulutlah pembohong yg terbaik...

APAKAH HIKMAH ALLAH BERI KAWAN YG MULUT LASER?
Bersyukur kerana Allah nak uji kesabaran kita.
Jangan kita balas,jika tidak mampu beredarlah.
Bila org buat jahat dgn kita...kita balaslah kebaikan kepadanya.

BETULKAH ADA ORG MULUT JAHAT TAPI HATI BAIK?
Siapa yg ikut Nabi akan dapat kasih sayang Allah.
Setiap apa yg dipaparkan dari mulut adalah apa yg terdetik dari hati.
TIDAK ADA YG DINAMAKAN MULUT JAHAT TAPI HATI BAIK.

ADAKAH ORG YG MULUT JAHAT INI  BERASAL DARI KETURUNAN YG MULUT JAHAT JUGA?
Tidak ada yg dikata mulut jahat berasal dari keturunan.
Jika kita buat dosa ..jangan salahkan org lain atau keturunan.
Salahkan diri sendiri.

BERCAKAP YG BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM,BAGAIMANA USTAZ?
Sesiapa yg beriman bercakaplah yg baik atau lebih baik diam.
Diam menyelamatkan dari fitnah dan menyelamatkan kita dari masuk neraka.
Allah sebut wahai org beriman jauhi kebanyakkan dari sangka buruk kerana kebanyakan dari sangka buruk itu adalah dosa..jangan mencari~cari keaiban org lain dan jangan mengumpat kerana mahukah kamu makan daging saudara kamu sendiri.

ADAKAH ORG YG BERGURAU DGN NADA KASAR ITU TANDA TIDAK ADA INSURAN MULUT?
Sangat tidak baik bila bercakap tanpa had dan tidak menjaga perasaan org lain.

MULUT JADI PENAWAR DAN RACUN DAN KERANA MULUT BOLEH PISAHKAN ADIK BERADIK,BAGAIMANA USTAZ?
Kerana mulut juga ada org tidak mahu ke masjid dgn sebab salah faham(Cth tengking anak² org lain ketika main di masjid)
Bila bercakap tengok keadaan dan jangan bercakap ketika sedang marah.
Ikutlah cara Nabi ketika bercakap,Nabi tidak pernah cela mencela dan memaki hamun.
KALAU PUN ADIK BERADIK BUAT SALAH...INGATLAH KITA JUGA PERNAH BUAT SALAH...

MACAMANA DGN SUAMI YG TIDAK ADA INSURAN MULUT KERANA SUKA MENYAKITKAN HATI ISTERI DAN ANAK²,BAGAIMANA USTAZ?
Jika ada suami sebegini...bercakaplah dgn baik serta berdoa dan mengadulah pada Allah.

ADAKAH PERCAKAPAN YG BAIK DIANGGAP SATU SEDEKAH?
Setiap ruas kita ini adalah sedekah...
Sedekah yg paling tinggi ialah mengucap kalimah syahadah.
Sedekah yg paling rendah adalah membuang sesuatu di jalanan.
Semua ini adalah sedekah.
Sedekah dgn ucapan ini juga adalah sedekah yg sangat sempurna.

MULUT BOLEH MENJADI YG  PALING MANFAAT DAN BOLEH MENJADI YG PALING CELAKA.

GOLONGN WANITA PALING BANYAK BUAT DOSA MULUT,BAGAIMANA NAK KURANGKAN BUAT DOSA MULUT?
Kurangkan bercakap...Dan jangan ada percakapan yg melalaikan.

APAKAH TERHAPUS DOSA KITA BILA KITA MENGUMPAT DAN KITA MINTA MAAF DGN ORG YG KITA UMPATKAN ITU?
Apabila kita mengumpat dan org itu tahu kita mengumpatnya maka kita wajib minta maaf...
Bila org dah minta maaf...kita maafkanlah... jangan pula kita tidak memaafkannya...
JANGAN JADI GOLONGAN YG SANGAT BAHAYA KERANA TIDAK MAHU MEMAAFKAN ORG LAIN...

BAGAIMANA UTK MENJAGA HATI SUPAYA TIDAK MEMUDARATKAN LIDAH?
Hati yg tidak dikawal dgn baik akan merosakkan lidah.
Utk menjaga hati...Banyakkan istighfar...

BAGAIMANA MENJAGA HATI IBU YG SEDANG TUA TAKUT MENYAKITKAN HATINYA?
Bila nak tegur emak...jangan tunjuk pandai.
Jika kita rasa bila kita tegur akan menyakiti emak kita maka jangan tegur.

FIKIR SEJENAK BILA BUAT SESUATU...
HATI YG BERSIH TIDAK AKAN MENGELUARKAN KATA² YG TIDAK BAIK...
BANYAKKAN BERDOA DAN SELALULAH BACA AL~QURAN...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments: