Pages

Thursday, February 2, 2017

Bila kita tua

Mari kita luangkan waktu sejenak utk merenungi diri kita.... 

Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.

1. Bila kita tua ...
Luangkan waktu bersama pasangan kita kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yg masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah mahupun yg pahit.

2. Bila kita tua ... 
Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.

3. Bila kita tua ... 
Jangan susahkan  diri memikirkan anak² secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang kita lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yg kita tinggalkan.

4. Bila kita tua ... 
Luangkan waktu  bersama rakan² lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

5. Bila kita tua ... 
Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yg sama, iaitu : lahir, dewasa, tua, sakit dan mati.

Nasihat bijak ... 
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti duit syiling : depan lain belakang lain"...

Semoga bermanfaat
--_-,

No comments: