Pages

Wednesday, January 27, 2016

Kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik, tetapi Allah Ta'ala menutup keaiban kita...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik, tetapi Allah Ta'ala menutup keaiban kita...

Mungkin kalau Allah Ta'ala membuka keaiban dan kecelaan kita, nescaya tidak ada lagi kebaikan pada diri kita di mata manusia lain...

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿٣٢﴾   النجم ٣٢

Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.
(An Najm: 32)

الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) AMATLAH SEDIKIT KAMU BERSYUKUR.
(Al-Sajdah: 7-9)

 وفي الصحيحين من حديث ابن عمر -رضي الله عنه- عنهما عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: (المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرَّج عن مسلم كربة فرَّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة) 

Dari Ibnu Umar ,Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

وقال الإمام ابن القيم:
 إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

Ibnul Qayyim berkata:
"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamullail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."
(Madarijus Salikin)

Sukarnya, namun inilah mujahadah yang perlu dilalui...

 وعن الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال: ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل الناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله منهما

Fudhail ibnu 'Iyadh mengatakan, "Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia itu syirik, dan ikhlas itu bahawa Allah menyelamatkanmu dari keduanya".

: قال أبو القاسم القشيري رحمه الله تعالى
الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين

Abul Qosim Al Qusyairiah juga mengatakan, "Ikhlas adalah membersihkan amalan dari perhatian (ulasan) manusia."

وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة

Dari Dzun Nuun RahimahulLahu ta'ala, menyebutkan tiga tanda ikhlas:
1. Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.
2. Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.
3. Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).

(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur'an, An Nawawi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga perkara termasuk kebajikan, iaitu merahsiakan keluhan, merahsiakan musibbah, dan merahsiakan sedekah (yang kita keluarkan)".
(Hadith Riwayat At-Thabarani)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Diantara kebaikkan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanafaat pada dirinya".
(Hadith Riwayat At-Thirmidzi, Ibn Majah, Malik, Ibn Hibban & Al-Baihaqi)

Justeru, muhasabahlah dirimu dan hatimu...

No comments: