Pages

Monday, September 15, 2014

Kisah Isteri, Suami dan Anak Patung

"Kisah Isteri, Suami dan Anak Patung Yang
Menyentuh Hati"
Tersentuh sungguh saya membaca kisah ini.
Ringkasnya, sepasang suami isteri aman
bahagia, tiadalah mereka bersengketa kerana
peribadi isteri yang amat mulia.
Di awal perkahwinan, si isteri berpesan
kepada suaminya supaya usah membuka
sebuah kotak yang disimpan di bawah katil,
hinggalah saat-saat akhir kehidupan mereka.
Selepas 50 tahun perkahwinan, usia mereka
pun mencapai 70-an manakala si isteri mulai
sakit-sakit di perbaringan.
Maka teringatlah suami perihal kotak di
bawah katil...
Lalu diambil kotak dan dibuka di depan
isteri, alangkah terperanjatnya apabila
melihat dua anak patung comel dan wang
lebih 100 ribu banyaknya...
Sambil mengesat hiba airmata, si isteri
berkata "ibuku berpesan di awal perkahwinan
kita supaya aku mentaatimu sepanjang
waktu...sekiranya aku terasa hati atau
terdetik marah padamu...hendaklah aku diam
dan membuat anak patung dari sisa-sisa kain
perca..."
Si suami tidak dapat menahan pilu
mengenangkan peribadi mulia isterinya
itu...lalu bertanya "aku faham mengenai dua
anak patung ini...namun apa ertinya wang
yang banyak melebihi 100 ribu ini ?"
Si isteri tenang saja, seraya menjawab "wang
itu adalah hasil jualan anak-anak patung
sepanjang usia perkahwinan kita bang..."
Si suami tertunduk pilu.
Tergambar bagaimana besarnya pengorbanan
seorang isteri menahan rasa, memintal
marah dan kecewa, untuk terus teguh
mempertahan institusi keluarga.
Selayaknya isteri seumpama ini ditempatkan
di syurga firdaus yang terindah dan
teristimewa.

No comments: