Pages

Friday, September 26, 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

ه
Salam pagi jumaat
Hri ni start 1 zulhijjah.

Hari yang terbaik adalah 1 hingga 10 zulhijjah....malam yang terbaik adalah malam lailatulqadar....🌝

Maksud hadis Nabi saw .....Tidak ada hari yang Allah suka hambaNya beribadat padanya melainkan hari 10 awal bulan Zulhijjah...

🌞Buat amal banyak2 hari 1 hingga 10 zulhijjah nt...1 zulhijjah jatuh pada hari jumaat ni...buatlah sebanyak2 amalan pada 10 hari tersebut.

Antara amalan2 yg boleh dibuat ialah..
1. Bersedekah
2. Puasa sunat
3. Membaca al quran
4. Menolong orang dgn ikhlas
5. Menjamu makan
6. Berzikir, bertahlil, bertakbir, bertahmid.
7. Berselawat
8. Buat baik pada ibubapa
9. Qiamullail
10. Solat sunat tahajjud
12. Solat berjemaah
13. Solat sunat rawatib
14. Solat sunat dhuha
15. Solat sunat witir
16. Berdoa dan mohon kebaikan drpd Allah swt serta tolak keburukan.

Dan lain2 amalan yang baik2 digalakkan supaya dilakukan sepanjang 10 hari tersebut.

Jgn ada satu waktu pun dalam 1 hingga 10 zulhijjah ni solat bersendirian..pastikan solat berjemaah setiap waktu...

الله اكبر!
Banyaknya rahmat Allah khusus untuk kita..

Thursday, September 25, 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syait an..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

 Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar..

As Salam

==============================
Kami ingin membantu Encik/Puan dengan membuat tinjauan rambang berkenaan kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi di Malaysia.
==============================
 Boleh kami tahu berapa penggunaan sebulan Encik/Puan termasuk keseluruhan keluarga?
💸 Apakah penjimatan yang Encik/Puan telah terima selama ini?

Sekiranya info diatas menjadi kesudian Encik/Puan untuk dikongsikan, kami akan tunjukkan perbandingan pengiraan di antara produk telekomunikasi tersebut.

Hari ini kami ingin menawarkan peluang kepada pelanggan terpilih untuk mendapatkan penjimatan sebanyak 40-50% sebulan mengikut penggunaan.

Setiap RM50, Encik/Puan akan menikmati masa berbual sebanyak RM20 dan setiap RM30 akan dapat RM10 masa berbual percuma.

1. Kami juga memberikan rebat tunai 3% setiap bulan mengikut penggunaan. Dan paling menarik, Encik/Puan juga dapat rebat tunai 10% dari penggunaan setiap ahli keluarga Encik/Puan.
2. Tawaran ini terhad untuk 1000 VIP pertama. Jika Encik/Puan berminat, sila beri alamat untuk pihak kami menghantar simkad Tone Excel Tune Talk.
3. Encik/Puan hanya perlu membayar RM90 sebagai proses pendaftaran, insuran dan pengurusan mata ganjaran Big Point. Simkad ini juga didatangkan dengan airtime percuma sebanyak RM30.
4. Encik/Puan masih boleh mengekalkan no lama dan dalam proses pendaftaran, no lama Encik/Puan masih boleh digunakan.

Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas masa yang EncikPuan berikan untuk survei ini.

Monday, September 15, 2014

Kisah Isteri, Suami dan Anak Patung

"Kisah Isteri, Suami dan Anak Patung Yang
Menyentuh Hati"
Tersentuh sungguh saya membaca kisah ini.
Ringkasnya, sepasang suami isteri aman
bahagia, tiadalah mereka bersengketa kerana
peribadi isteri yang amat mulia.
Di awal perkahwinan, si isteri berpesan
kepada suaminya supaya usah membuka
sebuah kotak yang disimpan di bawah katil,
hinggalah saat-saat akhir kehidupan mereka.
Selepas 50 tahun perkahwinan, usia mereka
pun mencapai 70-an manakala si isteri mulai
sakit-sakit di perbaringan.
Maka teringatlah suami perihal kotak di
bawah katil...
Lalu diambil kotak dan dibuka di depan
isteri, alangkah terperanjatnya apabila
melihat dua anak patung comel dan wang
lebih 100 ribu banyaknya...
Sambil mengesat hiba airmata, si isteri
berkata "ibuku berpesan di awal perkahwinan
kita supaya aku mentaatimu sepanjang
waktu...sekiranya aku terasa hati atau
terdetik marah padamu...hendaklah aku diam
dan membuat anak patung dari sisa-sisa kain
perca..."
Si suami tidak dapat menahan pilu
mengenangkan peribadi mulia isterinya
itu...lalu bertanya "aku faham mengenai dua
anak patung ini...namun apa ertinya wang
yang banyak melebihi 100 ribu ini ?"
Si isteri tenang saja, seraya menjawab "wang
itu adalah hasil jualan anak-anak patung
sepanjang usia perkahwinan kita bang..."
Si suami tertunduk pilu.
Tergambar bagaimana besarnya pengorbanan
seorang isteri menahan rasa, memintal
marah dan kecewa, untuk terus teguh
mempertahan institusi keluarga.
Selayaknya isteri seumpama ini ditempatkan
di syurga firdaus yang terindah dan
teristimewa.

Friday, September 12, 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah d jendela kamarmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
Belilah sekantung plastik sarung tangan & sarung kaki, agar dpt dberikan kepada para pekerja.

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu mengisi petrol, kemudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedeka

Friday, September 5, 2014

Slalu org bg teka teki duniawi, cuba jwb teka teki islam ni:

1. Ada seseorang menemukan bangkai di jalan, kemudian dia makan sampai kenyang dan sisanya dia bawa pulang. Padahal dia tidak gila, tidak kelaparan, juga tidak terpaksa. Mengapa blaku demikian?

 Orang tu bukan Islam.

2. Pada dasarnya, tanah boleh menggantikan air.
Orang yang hadas kecil dan dia tidak memiliki air, boleh tayammum dengan tanah. Orang yang junub dan tidak mendapatkan air, boleh tayammum dengan tanah juga. Tapi ada satu keadaan,di mana air pula yg menggantikan tanah. Keadaan apakah itu?

 kebumikan jenazah di laut

3. Pada dasarnya, semua benda yang boleh diperjual belikan, boleh juga disedekahkan, atau
dihadiahkan. Tapi ada benda yang boleh dihadiahkan, tapi tidak boleh diperjual belikan.
Benda apakah itu?

 Daging Qurban

4. Ada sesuatu yang tersusun lebih dari 100
bagian, tetapi jika dibagi dua hasilnya kurang dari dua puluh? Apakah itu?

 Al-Quran ada 114 surah
114 ÷ 2 menjadi 15 juzuk (kurang daripada 20)

5. Ada Orang yang solat tanpa rukuk dan tanpa
sujud, padahal dia sihat dan anggota badannya lengkap. dan solat statusnya sah. Bagaimana itu blh terjadi?

 Solat jenazah

6. Ada org yg solat tp tahiyat nya 4 kali.. Solat apa ya?

 Masbuk ketika solat Maghrib, masuk di rakaat ke-2 setelah rukuk.

7. Solat jahar adalah yang rakaat pertama dan keduanya di keraskan bacaannya. Dan solat sir rakaat selepasnya. APAKAH solat sirr berjamaah apa yang terletak antara dua solat jahar berjamaah? 

 solat asar pd hari jumaat

8. Sebutkan ibadah sunat yang jika seseorang melakukannya, maka pada waktu yang sama,
seluruh manusia dimuka bumi tidak ada yang melakukannya?

 Cium Hajar Aswad

9.Islam menganjurkan untuk selalu melakukan ibadah wajib. Sebutkan ibadah wajib yang hanya boleh dilakukan sekali ;jika dilakukan lebih dari sekali akan ada penyesalan dalam hidupnya.

 berkhatan

Tuesday, September 2, 2014

3 Soalan, 1 Jawapan...

Story ni best baca ya friends..♡
Apakah TUHAN Benar-benar Ada? (3 Pertanyaan, 1 Jawaban)

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustadz)/siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaan darinya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan saya...??

Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ustadz :: Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya...!!
Pemuda :: Saya punya 3 buah pertanyaan...??
1. Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR...??
3. Kalau SETAN diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba pemuka agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.
(sambil menahan sakit) si Pemuda berkata ::
Pemuda :: Kenapa...?? Anda marah kepada saya...??
Ustadz :: Saya tidak marah...!!! Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...!!
Pemuda :: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti...??!!
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!
Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit...!!
Ustadz :: Jadi Anda percaya bahwa sakit itu ada...?!!
Pemuda :: Ya... Percaya...!!
Ustadz :: Tunjukan pada saya wujud sakit itu...??!!
Pemuda :: Saya tidak bisa...!!
Ustadz :: Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.
Ustadz :: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..??!!
Pemuda :: Tidak...!!
Ustadz:: Apakah pernah terpikir oleh Anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini...??!!
Pemuda :: Tidak...!!
Ustadz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR...!!
Ustadz :: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda...??!!
Pemuda :: Kulit...!!
Ustadz :: Terbuat dari apa pipi Anda...??!!
Pemuda :: Kulit...!!
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!
Pemuda :: Sakit...!!
Ustadz :: Walaupun setan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika TUHAN berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi setan.
MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI ANDA ?
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Ada 2 pilihan untuk Anda:
1. Biarkan di dalam msg, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. 

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.
 
____________________________
( Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. )