Pages

Sunday, August 31, 2014

[ TAK SANGGUP NAK BACA - Sungguh menyiat2kan hati]

Usop, seorang kanak-kanak yqng dihantar oleh neneknya
ke stesen bas hentian Putra, untuk kembali kepada
ibubapanya yang tinggal di Kelantan. Setelah bas bergerak
tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi
belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas. "Abg,
nanti kalau sampai Kuala krai , bagitau ye."
"Ye," jawab pemandu bas. Tidak berapa lama, Usop
menghampiri pemandu bas lagi dan berkata, "abg, dah
sampai Kuala krai ke?" ............. "Belum, xpe duduk dulu,
nanti abang bagitau." Tidak lama selepas itu, Usop
menghampiri lagi pemandu bas tadi, "abg, dah sampai
belum?" ..........."Tak lagi dik." Semua penumpang berasa
tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya, "dah sampai ke
bang?" .........."Belum dik, jauh lagi," jawab pemandu bas
dengan nada yang agak geram. Kemudian Usop datang lagi
dan bertanya, "sampai tak lagi bang?" .........."Aku cakap
belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau
la!" Usop pun kembali semula ke kerusinya. Semua
penumpang turut marah dengan sikapnya itu. Usop diam,
dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.
Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas
telah pun melepasi daerah Kuala krai Ketika hendak
memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan
hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya. Semua
orang merasa kasihan dengan Usop.
Pemandu bas berbincang dengan penumpang, sama ada
hendak pusing semula ke Kuala krai atau terus ke Kota
Bharu. Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk
pusing semula ke Kuala krai kerana kasihankan Usop.
Setelah sampai di Kuala Krai, pemandu bas terus
mendekati Usop dengan perasaan simpati, "Dik, dah sampai
dah Kuala Krai."
"Oh, ye ke? Terima kasih bang," kemudian Usop segera
membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu. Dengan
penuh hairan, pemandu bas bertanya, "Adik tak nak turun
ke?"
"Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade
pesan, kalau sampai Kuala krai nanti, makan nasi yang
nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak. 😅😅😅

No comments: