Pages

Wednesday, August 20, 2014

BERLAPANG DADALAH KAMU...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY
(CCUK) Selasa, 22 Syawal 1435H

Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita, tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Jadi, berlapang dada lah...

PENCERAHAN :
Berikut adalah beberapa petua untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:

1) Tiada yang tidak disengajakan di sisi Allah. Tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila berlaku sesuatu perkara maka yakinlah disebalik perkara itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan dan kewala'kan kita atau Allah hendak meningkatkan darjat kita, menyucikan diri kita dari dosa-dosa atau menambah kebaikan atas diri kita. Untungnya...

2) Kekalkan fokus kita, sebagai contoh sekiranya didalam dakwah atau apa kerja sekali pun. Usah sekali-kali fitnah, umpatan dan cercaan itu difikirkan sangat hingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab kita tersasar. Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil yang mungkin menghantui tenggelam ditelan masa. Ada orang yang kata keputusan itu tidak ikut perlembagaan. Ya memang betul, sebenarnya Perlembagaan bukannya Al-Quran yang tidak boleh diubah. Ibarat kata boss Ustaz,  "Peraturan ikut buku, bertindak ikut daku namun ada toleransi di situ!"

Petua berlapang dada seterusnya,
3) Selidik siapa yang berkata-kata itu. Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati. Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan. Oleh itu, lupakan
sahaja.

Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang tersebut, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terimalah kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri. Sebab sebagai manusia biasa kita pasti punyai kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.

4) Bersyukurlah selalu dan sabar krn apa pun yang datang pasti akan berakhir. Orang hanya sedar akan kekuatan kita apabila kita mula menonjol. Kalau kita sekadar jamaah biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing. Ini bermakna kita berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya. Terus tabah, sabar dan istiqamah. Insyaa allah.

5) Ikhlaskan hati menerima apa sahaja keputusan. Sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka pada kita itu sebab mereka belum kenal siapa kita. Teruskanlah berdakwah contohnya... Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri. Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita. Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.

6) Maafkan semua orang dan doakan mereka. Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan. Kasihani mereka yang belum mendapat hidayah dari Allah untuk sedar. Kesian mereka...

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah telah menyebutkan
beberapa perkara lagi agar dada kita menjadi lapang, antaranya ialah:-
1) Tauhid, kesempurnaan tauhid yang ada pada seseorang akan menentukan sejauhmana ia akan merasakan kelapangan dalam dadanya.
Allah SWT berfirman:-

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُون

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah
-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS Al-An-Am : 125)

2) Cahaya iman, sungguh ia mampu membuat dada menjadi lapang, melegakan jiwa dan membahagiakan hati. Maka ukuran seseorang dari rasa kelapangan dada ini ialah dengan mendapat cahaya hidayah dari Allah SWT.

3) Ilmu itu melapangkan dada, dan melegakannya sehingga dia lebih luas dari dunia, semantara kebodohan akan mengakibatkan kesempitan, kesesakkan dan terpenjara. Pemilik ilmu ini adalah orang yang paling lapang dadanya. Oleh itu, atas apa sahaja isu atau perkara kita kena mendapatkan pencerahannya terlebih dahulu... baru respon ! Jangan melatah dulu baru hendak dapat pencerahan. Terbalik tu...!

4) Kembali kepada Allah SWT dan mencintai Allah dengan sepenuh hati, mendekat kepada Allah SWT, merasa nikmat dengan beribadah kepada -Nya, maka tidak ada yang lebih lapang bagi dada seseorang hamba selain hal itu. Kerana sayangkan Allah bukan kerana sayangkan individu atau jamaah @ parti yang disertainya. Contoh..

5) Meninggalkan perbicaraan yang berlebihan, atau perbahasan yang sia-sia. Kebiasannya yang berlaku hari ini, Kita pulak yang berlebih-lebih. Pemimpin tiada apa-apa telah bertaut kita terus bercakaran dengan hujah dan teori masing-masing. Sikap ini memancing rasa sakit hati, bimbang dan kebingungan yang tidak bertempat, mempersempit hati, membelenggu dan membuatnya terus tersesak, inilah yang sering berlaku.

KESIMPULAN :
CCUK hari ini agak panjang sikit... Berlapang dada lah untuk membacanya bukan berdada lapang. Berlapang dada menerima ketentuan Allah...  kalau berdada lapang Astagfirullah bimbang-bimbang kita sengaja mencabar Allah, sebab berfesyen belahan dada terlalu luas...

Wallahu a'lam - Jangan bayangkan !! Ukay's.

No comments: