Pages

Wednesday, April 27, 2016

KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI

Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain.

Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya;
                                                  
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" TAKJUB dan BANGGA dengan amalmu. Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?

Semoga hati ini terhindar dari ujub.

Wallahu a'lam

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tuesday, April 26, 2016

Renungan pagi ni.

Drpd Hj Li pagi tadi

Selamat Pagi:

SEORANG lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib ra, ia pun berkata, "Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku."

Sayidina Ali ra menjawab, "Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !"

Lelaki itu berkata, "Ya, tanyakanlah !"

"Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?" kata Ali bin Abi Tholib ra

"Tentu tidak" jawabnya.

"Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?" tanya  Ali bin Abi Tholib ra

"Tidak juga" jawabnya.

Lalu Sayidina Ali ra berkata,
"Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tidak mengikutimu saat kau pergi?"
"Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..
Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….
Tersenyumlah ! karena rizkimu telah dibagi dan urusan hidupmu telah diatur….
Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur…."

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib.ra meneruskan ungkapannya,
"Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari. Di balik kemudahan ada rasa syukur.
Sementara Allah berfirman,
"Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur."
(QS.Ali Imran: 144)

Dan di balik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
(QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT...

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah permohonan dan amalan kami, aamiin.

Semoga Berkenan.

Monday, April 25, 2016

Sekadar perkongsian ilmu.

Assalamualaikum wbt

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan
kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat
mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat
paling penting bagi para angkasawan adalah
kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih
menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma
adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh
dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit
kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus
dan diminum seperti teh maka ia dapat
menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma
mengandungi 318 kalori, setara dengan 315
kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram
madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat
membekalkan anda kalori yang cukup untuk
aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik
yang digunakan oleh askar perang adalah
kurma, kerana kurma kaya dengan kalori,
menguatkannya dan menggiatkan kelenjar
adrenal sehingga dia menjadi seorang yang
berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis
kurma di seluruh dunia?
.
Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang
tahu. C n p..

Solat

Mayat orang Islam yg x sembahyang pada 1000 tahun dulu masih diseksa sehingga kini. Korang percaya x? Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat? 5 x 8000=40 000 tahun. Subhanallah ringan ringankan lah tangan korang untuk share bende ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain. Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari :') Bila2 masa ja malaikat boleh tarik nyawa kita . Sebarkan agar umat Islam tahu ! Ustaz kazim elias :HARI KIAMAT BERLAKU APABILA SUDAH TIADA LAGI MANUSIA YANG MENYEBUT ALLAH DAN MENGINGATINYA . SEBARKANLAH IA DIKIRA SEDEKAH. Al-qur'an akan musnah - ka'bah akan rata dengan tanah - sangkakala akan ditiup 2kali. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak "...
MALAM PERTAMA ~
SETELAH DIKUBURKAN,

PEMBUSUKAN BERMULA PADA
BHGN PERUT & KEMALUAN..

SUBHANALLAH, PERUT & KEMALUAN ADALAH 2 HAL
TERPENTING YG ANAK CUCU ADAM SALING BERGULAT &
MENJAGANYA DI DUNIA..

SETELAH ITU, 

JASAD AKAN MULA BERUBAH MENJADI HIJAU
KEHITAMAN..

SETELAH BERBAGAI SOLEKAN & ALAT2 KECANTIKAN
SEMASA HAYAT DI DUNIA,

SETELAH MENINGGAL DUNIA,
MANUSIA HANYA AKAN MEMILIKI 1 WARNA SHJ..

MALAM KEDUA ~
ANGGOTA2 TUBUH YG LAIN SEPERTI LIMPA, HATI & PARU2
AKAN MULA MEMBUSUK..

HARI KETIGA ~
ANGGOTA2 TUBUH MULA MENGELUARKAN BAU YG
BUSUK..

SETELAH SEMINGGU ~
WAJAH & MATA MULA MEMBENGKAK..

SETELAH 10 HARI ~
TETAP TERJADI PEMBUSUKAN PADA PADA ANGGOTA2
TUBUH..

SETELAH 2 MINGGU ~
RAMBUT MULAI GUGUR..
LALAT HIJAU MULAI MENCIUM BAU BUSUK DARI JARAK 5
KM & ULAT2 PUN MULA MENUTUPI SELURUH TUBUH..

SETELAH 6 BULAN ~
SEMUA ANGGOTA TELAH TIADA..

YG TINGGAL CUMA TULANG RANGKA SHJ..

SETELAH 25 TAHUN ~
RANGKA TUBUH INI AKAN BERUBAH MENJADI SEMACAM
BIJI & DI DLM BIJI TERSEBUT, ANDA AKAN MENEMUKAN 1
TULANG YG SGT KECIL YG DIPANGGIL 'AJBUDZ
DZANAB' (TULANG EKOR)..

DARI TULANG INILAH KITA AKAN DIBANGKITKAN OLEH
ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT..

SAHABAT2 YG DIRAHMATI ALLAH, INILAH TUBUH YG
SELAMA INI KITA JAGA..

INILAH TUBUH YANG KITA BERBUAT MAKSIAT KPD ALLAH

DGN NYA..

OLEH KERANA ITU, JGN BIARKAN UMUR & JASAD KITA DLM
KEADAAN SIA2..

JANJI ALLAH ADALAH BENAR..

YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMA-
MU..

YA ALLAH, JADIKANLAH KUBURAN KAMI SEBAGAI 1
TAMAN DARI TAMAN2 SYURGA & JANGAN JADIKAN IANYA
SEBAGAI 1 LUBANG DARI LUBANG2 API NERAKA...

AAMIIN... ..

AKU BERDOA..

YA ﺍَﻟﻠّﻪُ :
MULIAKANLAH DIRIKU DAN ORG YANG MENGHANTAR
PESANAN INI

LAPANGKANLAH HATIKU DAN HATINYA

BAHAGIAKANLAH KELUARGAKU DAN KELUARGANYA, 

DAN

LUASKANLAH REZEKIKU DAN REZEKINYA SELUAS ENGKAU CIPTAKAN

MUDAHKAN SEGALA URUSANKU DAN URUSANNYA

KABULKANLAH CITA-CITAKU & CITA-CITANYA

JAUHKAN KAMI DARI SEGALA PENYAKIT, FITNAH,
PRASANGKA KEJI, BERKATA KASAR, DAN

JAUHKAN KAMI DARI SEGALA MUSIBAH

SERTA TERIMALAH. SEMUA AMAL IBADAH KU DAN
AMAL IBADAHNYA, 

DAN

KELAK JADIKANLAH DIRIKU DAN DIRI DIA SEBAGAI
PENGHUNI SURGA-MU.

ﺁﻣِّﻴْﻦَ ﻳﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

KIRIM KEPADA SEMUA ORANG DALAM CONTACT.

KITA AKAN SALING MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN, DAN
MUDAH²AN DOA KITA DIKABULKAN.

 ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﻳَﺎ ﺭَ
ﺏَّ ﺍﻟﻌَـــﺎﻟَﻤِﻴْﻦ . .............................................
.......................................................
........................................... NASIHAT KUBUR:

AKU ADALAH TEMPAT YG PALING GELAP DI ANTARA YG GELAP, MAKA TERANGILAH AKU DENGAN TAHAJUD..

AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEMPIT, MAKA
LUASKANLAH AKU DENGAN SILATURAHIM

AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEPI MAKA
RAMAIKANLAH AKU DENGAN PERBANYAK BACA AL-QUR'AN

AKU ADALAH TEMPATNYA BINATANG2 YANG MENJIJIKAN
MAKA RACUNILAH IA DENGAN AMAL SEDEKAH

AKU YG MENYEPITMU HINGGA HANCUR BILA MANA TIDAK SOLAT BEBASKAN SEMPITAN ITU DENGAN SOLAT

AKU ADALAH TEMPAT UTK MERENDAM DGN CAIRAN YG AMAT MENYAKITKAN MU, BEBASKAN RENDAMAN ITU DGN PUASA

AKU ADALAH TEMPAT MUNKAR & NAKIR BERTANYA

MAKA PERSIAPKANLAH JAWAPANMU DENGAN PERBANYAK
MENGUCAPKAN KALIMAH "LAILAHAILALLAH"..

✅KIRIMKAN INI SEMAMPUMU DAN  SEIKHLASMU KEPADA
SESAMA MUSLIM,

SAMPAIKANLAH WALAU HANYA PADA
1 ORG..

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. 

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. 

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. 

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. 

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. 

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. 

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. 

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. 

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. 

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda...

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganja
ran pahala kebaikan..


 Seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah .

Bila kita dah nampak ayat ni , setan hasut " tak payah copy paste la .. buang masa je " .

 Masya Allah... ORG YG SYG ALLAH JE YG COPY NIE :Tak smpai 1minit pun . "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

PERIBAHASA TERBARU.!!!

😄   ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
😄   BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
😄   CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
😄   DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
😄   DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
😄   GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
😄   HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
😄   SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
😄   HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
😄   HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
😄   HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
😄   HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
😄   JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
😄   KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
😄   KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
😄   KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
😄   KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
😄   LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
😄   MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
😄   MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
😄   ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
😄   PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
😄   PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
😄   SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
😄   SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
😄   SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
😄   SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.
😄   SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN 
😄   TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.
😄   ALAH BISA, TAK ALAH HOSPITAL JAWABNYA.
😄   ALAH MEMBELI, MEMBER YANG PAKAI.
😄   CARIK-CARIK BULU AYAM, KESIAN AYAM.
😄   KERA DI HUTAN DISUSUKAN, BAIK JADI KERA.
😄   KERANA NILA SETITIK, HABIS ROSAK BAJU SEKOLAH.
😄   KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BAIK PANCING KAT AKUARIUM JER.
😄   HIDUNG TAK MANCUNG, TAIK HIDUNG BESEPAH.
😄   SORONG PAPAN TARIK PAPAN, NAK BELI KE TAK PAPAN NI?
😄   AIR DICINCANG, SAH DAH TAKDE KEJER LA TU.
😄   PECAH KACA, MAK AKU MARAH.
😄   KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, SELAMATLAH SAGUNYA.
😄   BAGAI ITIK PULANG PETANG. PULANG PAGI KER, TENGAHARI KER, TETAP ITIK JUGAK.
😄   DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU HABIS KEWANGAN...😂😂😂😂

MESEJ2 YG HUKUMNYA HARAM!

👉Mesej berantai dijatuhkan hukum SYIRIK ! Kerana KERAP manusia menentukan qada dan qadar yg tlh ditetapkan Allah SWT .         
Contoh mesej :          
👉"siapa tak hantar mesej ni , akan ditimpa musibah" .  
        
👉 "siapa yang hantar mesej ini , dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang kerumah anda .          

👉"siapa yang mengabaikan mesej ini , anda akan kehilangan orang yang tersayang .          
👉"siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang , dalam masa 4 jam , anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah .          

👉"hantar mesej ini minima 12orng , anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2jam .          

☝Senang cerita , ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri          

☝Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...          

☝Teguran untuk semua sahabat dan rakan2 harap anda semua faham ea? :) 

☝untuk umat islam , mesej berantai begini adalah HARAM !! .  👈         
👌copypaste. share biar semua orang tahu. .

katak dan ikan

Ada seekor katak 🐸yg nampak nelayan🚣 sedang memancing🐟. Jadi katak🐸 itu pun masuk kedalam air 🌊dan ingin berjumpa ikan🐟.

 Katak itu tegur ikan🐟 yg sedang memakan umpan nelayan🚣 itu.Katak🐸 itu beritahu pada ikan🐟 "jangan makan cacing🐛 ni, sebenarnya ini perangkap. 

Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah🔪, kulit kau akan dibakar atas 🔥api🔥. mereka akn makan kau ( sebabnya katak🐸 ini tahu keadaan di atas darat )". 

Tapi ikan 🐟ini tak ambil endah teguran si katak🐸 dan bila sahaja ikan🐟 itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas🐟, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak🐸 sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar🔥, kulitnya akan disiat🔪, perutnya akan dibelah. Ikan 🐟itu sangat menyesal😔.Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.🌊

📌👳🏻Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia👫👬👭bila ada orang 👦beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka🌋,titian sirat, kita ambil tak endah saja. 

📌⏳Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.Kita nampak manusia yg dibakar atas api🔥🔥. 

📌⏳Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan🐟 telah nampak apa yg berlaku di atas darat.

🌷Sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.
 
🌷Jadi jangan bazirkan usia 👶👦👴dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita Islam. 

🌷Semoga Allah beri kita kefahaman ....
Aamiin Allahumma Aamiin...

🔥Neraka tidak pernah memanggil kita tetapi kita sendiri yang mendekatinya

🍎Syurga sentiasa menunggu kita tetapi kita yg menjauhi darinya...

SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum.... 

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya
🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 ...
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

Diperpanjangkan daripada group lain kerana ia perkara baik yang sangat elok dikongsikan👇

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku, 

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama. 

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat".

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam