Usop, seorang kanak-kanak yqng dihantar oleh neneknya
ke stesen bas hentian Putra, untuk kembali kepada
ibubapanya yang tinggal di Kelantan. Setelah bas bergerak
tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi
belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas. "Abg,
nanti kalau sampai Kuala krai , bagitau ye."
"Ye," jawab pemandu bas. Tidak berapa lama, Usop
menghampiri pemandu bas lagi dan berkata, "abg, dah
sampai Kuala krai ke?" ............. "Belum, xpe duduk dulu,
nanti abang bagitau." Tidak lama selepas itu, Usop
menghampiri lagi pemandu bas tadi, "abg, dah sampai
belum?" ..........."Tak lagi dik." Semua penumpang berasa
tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya, "dah sampai ke
bang?" .........."Belum dik, jauh lagi," jawab pemandu bas
dengan nada yang agak geram. Kemudian Usop datang lagi
dan bertanya, "sampai tak lagi bang?" .........."Aku cakap
belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau
la!" Usop pun kembali semula ke kerusinya. Semua
penumpang turut marah dengan sikapnya itu. Usop diam,
dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.
Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas
telah pun melepasi daerah Kuala krai Ketika hendak
memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan
hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya. Semua
orang merasa kasihan dengan Usop.
Pemandu bas berbincang dengan penumpang, sama ada
hendak pusing semula ke Kuala krai atau terus ke Kota
Bharu. Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk
pusing semula ke Kuala krai kerana kasihankan Usop.
Setelah sampai di Kuala Krai, pemandu bas terus
mendekati Usop dengan perasaan simpati, "Dik, dah sampai
dah Kuala Krai."
"Oh, ye ke? Terima kasih bang," kemudian Usop segera
membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu. Dengan
penuh hairan, pemandu bas bertanya, "Adik tak nak turun
ke?"
"Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade
pesan, kalau sampai Kuala krai nanti, makan nasi yang
nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak. 😅😅😅
"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."
Sunday, August 31, 2014
[ TAK SANGGUP NAK BACA - Sungguh menyiat2kan hati]
Thursday, August 28, 2014
Cara cara mengesan jin pada badan.
Cara2 mengesan jin pd badan mengikut
pandangan pengamal perubatan
1. Istighfar sebanyak mungkin
2. Baca bismillahi...
3. Baca selawat 3kali
4. Tarik nafas dengan pelahan dan pejamkan
mata
5. Tundukkan kepala dan dengan perlahan2
buka kedua2 mata
6. Lihat bahagian pinggang kebawah
7. Sekiranya ada jin pada tubuh kita boleh
mengetahuinya semasa membuka mata tadi
dengan cara mengesan jenama jin tersebut
samada levi's, puma, Lee Cooper dan
seumpamanya
Selamat mencuba ya
Semoga kita sama2 dpt manfaat..
Bila terima gaji...
Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
....
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
....
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
....
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ ㅤ ㅤ
ㅤ Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
ㅤ Allahuakbar
ㅤ ㅤ ㅤ
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..
Msg smpena hari gaji 💶✌️
Tuesday, August 26, 2014
Golden Words By A Wise Man
1. "If you want to change the world, do it when you are a bachelor. After marriage, you can't even change a TV channel"
2. "Listening to wife is like reading the terms and conditions of website. You understand Nothing, still you agreed..."
3. "Chess is the only game in the world, which reflects the status of the husband. The poor King can take only one step at a time...While the mighty Queen can do whatever she likes."
4. "All men are brave. Horror movies don't scare them...But 5 missed calls from wife...surely..."
Send this to all men who can smile after reading this....
Untuk dikongsikan bersama
Pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).
Seorg wanita (mungkin pegawai polis) yg menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dgn panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.
Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)
Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej ppuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis etc), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.
Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".
10 min kemudian, 2buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.
Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka cthnya hazard light, atau telefon talian 112.
Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.
Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.
PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.
Maklumat di atas disediakan oleh ayah remaja perempuan tersebut
Friday, August 22, 2014
Doa Kesyukuran Menyambut Hari Ulang Tahun
بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Thursday, August 21, 2014
Pentingnya Bersahabat
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
ALLAHU AKHBAR