Pages

Thursday, January 21, 2016

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

📝Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10✏Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

👳💌Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah

Monday, October 26, 2015

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN



Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
JOM PAKAT2 Share✔

Tuesday, October 6, 2015

Nantikan 10 Taman Tema Ini Yang Akan di Buka di Malaysia Tidak Lama Lagi


Sumber Funny Malaysia.

Malaysia tidak lama lagi akan buka lebih kurang 10 taman tema baru yang akan menjadi tarikan pelancong tempatan dan juga luar negara. Taman tema ini terletak di seluruh Malaysia bukan di Lembah Klang sahaja. Jom !

#1. 20th Century Fox Theme Park di Genting Highlands

Taman tema ini akan dibuka pada tahun 2016 yang merupakan taman Fox pertama di dunia. 20thCentury Fox World Theme adalah sebahagian daripada pengubahsuaian Resort World Genting yang merangkumi 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan First World Hotel. Taman tema baru ini akan mempunyai permainan dan tarikan berdasarkan filem seperti Ice Age, Life of Pi, Alien, Predator dan Night At The Museum.

#2. Upin dan Ipin Theme Park di Sepang
 

Kartun animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia akan membuka taman tema pada tahun 2015/2016 yang berkonsepkan Disneyland.

#3. Ubisoft Theme Park di Kuala Lumpur
 

Dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2020 di Kuala Lumpur, taman ini akan menjadi kompleks tertutup 10, 000 meter persegi yang menampilkan permainan, pertunjukan dan tarikan lain.

#4. Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh 
 

 
Movie Animation Park Studios (MAPS) ini adalah satu projek yang paling unik yang sedang dijalankan dengan landskap riadah dan pelancongan di Malaysia. Akan disiap pada 2016, MAPS menawarkan 40 tarikan dalam 6 zon bertemakan DreamWorks Adventure Zone yang menampilkan Mr Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Caspter The Friendly Ghost, termasuklah The Smurfs Live Animation Attractions, Home of BoBoiBoy, Malaysia Tallest Drop Tower dan banyak lagi. 

#5. Langkawi Eco Theme Park di Langkawi
 

Akan dibuka pada 2015/2016 taman tema ini akan ada pusat membeli belah dengan hotel butik di Gunung Machinchang. Satu tarikan utama di taman tema ini adalah penerbangan Omnidome 3D dengan kerjasama National Geographic dan dinamakan Flight Over Langkawi. 

#6. Splash Park di Port Dickson
 

Taman tema yang akan dibuka ini merupakan taman tema terbesar di Negeri Sembilan.

#7. Jurassic Park di Melaka
 

Nampak seperti dinosaur dalam Jurassic Park datang ke Malaysia. Taman Tema dinosaur di Dataran 1Malaysia Klebang ini akan menjadi Jurassic Park pertama di Asia. 

#8. Sea World di Melaka
 

 
Sea World di Melaka ini dikatakan lebih besar daripada Underwater World di Langkawi. Ia juga akan menempatkan ikan lumba-lumba, jerung dan lain-lain haiwan laut dalam dengan lebih dekat. 

#9. Eco Marine Theme Park di Melaka
 

 
Eco Marine Theme Park Water Fountain dan Laser Show ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada Disember 2015 ini. 

#10. Ocean Quest Marine Theme Park and Ocean Splash Water Park di Johor
 

Taman tema yang akan dibuka di Desaru ini adalah sebuah taman laut interaktif dan memberi tumpuan kepada spesis terancam. Ocean Splash akan menjadi taman air kualiti antarabangsa dan sangat berbeza daripada mana-mana taman air yang ada di Malaysia. 

Sunday, September 6, 2015

Ramalan UPSR 2015 BM 2

Persiapan mutakhir untk refleksi BM 2 UPSR

Beri perhatian kpd:
1. Surat Rasmi: 
Surat utk GB tentang aktiviti persatuan/ kelab.

2. Syarahan -     
     a) berkaitan dgn    
         sekolah
     b) Berjimat cermat.

3. Fakta:
     a) Cara-cara 
          menghormati ibu 
          bapa.
     b)  Faedah membaca.

4. Dialog/Temu ramah (Semasa cuti/ Aktiviti sekolah spt. perkhemahan)

Karangan penting utk upsr:

1. Temasya sukan
2. Syarahan Kepentingan menjaga kesihatan diri.
3. Sambutan bulan patriotisme di sekolah.
4. Program Nilam di sekolah
5. Program Motivasi.
6. Kepentingan aktiviti kokurikulum 
7. Peranan ibu bapa utk atasi masalah ponteng sekolah

Koleksi Peperiksaan Percubaan Negeri
(Tolong analisis n pos kekerapannya semula)

PAHANG
Bhgn A 
- gmbr bersiri sblm dan semasa hari raya
Bhgn B 
 i) faedah menyertai akt kokurikulum
ii) temu ramah murid cemerlang
iii) cerita kebaikan sahabat
Bhgn C - berita tentang kemalangan

JOHOR
A - Gambar situasi dalam rumah
B - i) habiskan cerita..insaf dan berharap berjaya
ii) syarahan kebaikan kokurikulum
iii) laporan sukan tahunan sekolah
C - dialog datuk dan cucu

TERENGGANU
A- gambar situasi d kompleks perikanan 
B- i ) cara-cara menghormati ibubapa 
     ii ) laporan sambutan hari kemerdekaan 
    iii ) habiskan cerita  ( ... Aku memohon maaf kepada Guru Besar sekolahku dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi) 
    C - cerita tentang kisah memancing pergi bersama jiran.

KEDAH
Bhgn A
Gambar perkelahan
Bhgn B
1. Berita sambutan hari
   kebangsaan
2. Cerita ttg persediaan
   kamu buat krn terpilih
   dlm kejohanan olahraga
   daerah
3. Pengalaman menghadiri
   kenduri kahwin
Bhgn C
Ucapan pelajar yg brjaya harumkan nama sekolah

PERAK
Bhgn A. Aktiviti-aktiviti di taman permainan..
Bahagian B.
1. Persiapan Sukan Tahunan Sekolah (Karangan cerita...
2. Kepentingan Kokurikulum kepada Murid (Karangan syarahan) 
3. Jika Saya Seorang Doktor.
Bhgn C. 
Kisah kehidupan orang yang susah dan akhirnya mencapai kejayaan.

NAGORI 9
Bhg A - Suasana sukaneka di sekolah
Bhg B-
1.Cara-cara memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
2. Menemu ramah guru besar untuk dapatkan maklumat Program Keceriaan Sekolah.
3. ... Jasanya begitu agung dan abadi. "Terima kasih, cikgu"....melengkapkan cerita.
Bhg C
- Berita tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri dalam membantu petani.

PULAU PINANG
Gambar - gotong royong di sekolah
Bah B. 
- Laporan Kejohanan Merentas Desa
- Cerita - Pameran Buku
- Kamu sedang mengulang kaji pelajaran, ketika itu, ibu bapa tiada di rumah. Aku terdengar suatu bunyi. Aku pun....
Bah.C
Dialog kejayaan dinobatkan sebagai olahragawan

MELAKA
A - gambar gotong royong di sekolah.
B - laporan ttg lawatan ke tempat2 menarik.
- perbualan kebaikan bersukan kepada murid.
- Tulis tindakan yg diambil untuk membantu kawan yang tercicir wang belanja sekolahnya.
C - kisah murid yg ke sekolah utk menghadiri aktiviti kokurikulum.

PERLIS: 
Bahagian A
- gambar aktiviti kecergasan. 
Bahagian B 
1. Mengakhiri cerita... Terima kasih cikgu. 2. Kepentingan Kokurikulum. 3. Ucapan Perpisahan Guru Berpindah. 
Bahagian C
- Petikan cerita

👆 selamat menghadapi  UPSR kpd anak2 kengkawan


--
Sent from Gmail Mobile

Thursday, August 27, 2015

Al-Quran

Hadith: 

Dari Aisyah r.a katanya:�Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.�

Huraian Hadith: 

Allah SWT berfirman: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.� (Al-Waaqiah: 77-80). Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.� (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran. Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.


--
Sent from Gmail Mobile

Sunday, August 23, 2015

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki

 
 
Mencari rezeki, InshaaAllah tidaklah susah. Dengan melakukan perkara-perkara yang dituntut agama, Allah swt menjanjikan pelbagai rezeki kepada kita.

Siang malam, pagi petang mungkin kita telah berusaha sedaya upaya bekerja, tetapi untuk membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi, tidak memerlukan usaha yang terlalu njyijy5jhnkeras.

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki…

1. Jangan derhaka pada ibu dan bapa. Selalu doakan dan gembirakan mereka.

2. Jangan bergaduh bersama saudara mara. Malah, eratkan silaturahim sesama keluarga.

3. Tunaikan haji apabila mampu. Walaupun duit akan keluar, rezeki akan masuk.

4. Jadikan tabiat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Terbaiknya ketika matahari sedang naik selepas Syuruk.

5. Mulakan usaha dan kerja selepas solat Subuh. Jangan pula sambung tidur.

6. Amalkan surah Al Waqiah. Sabda Rasulullah SAW, ia adalah surah kekayaan yang perlu dibaca dan diajar kepada anak-anak.

7. Rezeki datang bila berkahwin. Jangan dilewat-lewatkan mendirikan rumah tangga.

8. … Dan apabila mendirikan rumah tangga, anak-anak juga akan membuka pelbagai pintu rezeki untuk keluarga!

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ~ Surah At-Talaq ayat 2-3

Monday, July 13, 2015

Renungan Ramadan

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Disampaikan oleh

Ustaz Adam Way, Malam 21 Ramadhan. Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang.