Pages

Thursday, August 27, 2015

Al-Quran

Hadith: 

Dari Aisyah r.a katanya:�Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.�

Huraian Hadith: 

Allah SWT berfirman: Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.� (Al-Waaqiah: 77-80). Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.� (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran. Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.


--
Sent from Gmail Mobile

No comments: