"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."
Sunday, February 15, 2015
Renungan
Friday, February 6, 2015
πΏ UTK AYAH Baru & Lama πΏ
π£ 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
π 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anaknya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya telah diatasi....
π° 4| Sekiranya seorang AYAH tidak menyedia dan berusaha untuk memberi wang yg mencukupi, walaupun mengetahui anak memerlukan adalah ayah yg dlm kerugian d akhirat kelak.... Muhasabah diri..
π 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
π₯ 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
π 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan Didiklah dengan agama..
π 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah dengan memuliakan anaknya..
π 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
π 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
π» 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah dalam mimpi mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
π« 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
π 13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
ππ¨ 14| Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
π¨ 15| Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
π 16| Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
π 17| Generasi gemilang boleh wujud jika AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
π 18| Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
π 19| Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan dan kebajikan Anak baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
πΉ 20| Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudir (Pengetuanya) sepatutnya.
π§ 21| Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
πΊ 22| Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
π 23| AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
ππ» 24| Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wednesday, February 4, 2015
Konsep Tepati Janji
❤❤Konsep Tepati Janji❤❤
Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati."
Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.
Huraian Hadith:
1⃣π❤Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
2⃣π❤Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.
Pencerahan:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
In shaa Allah
Aamiin
π³π
Sunday, February 1, 2015
Menghukum Atas Yang Benar
Renungan Qalbu Mendidik Jiwa Nurani
❤❤Menghukum Atas Yang Benar❤❤
Riwayat: Muttafaqun A'laih
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".
Huraian Hadith:
1⃣π❤Janganlah menghukum suatu perkara dengan tidak mengikut hukum Islam sedangkan kamu mengetahui, kerana itu menjadikan kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka.
2⃣π❤Jauhkanlah sifat-sifat menyakiti hati manusia yang menyebabkan Allah SWT murka.
3⃣π❤Buatlah keputusan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan jangan buat keputusan mengikut apa yang tidak diredhai Allah.
4⃣π❤Rasulullah SAW ialah seorang manusia. Harus bagi dirinya sifat-sifat manusia kecuali apa yang dipelihara Allah daripadanya. Rasulullah SAW terpelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah termasuklah aqidah dan syariat, dan terpelihara daripada perbuatan haram dan keji.
5⃣π❤Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan dan hujah yang dapat diterima seperti saksi, sumpah dan lain-lain. Dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya.
6⃣π❤Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak menghalalkan yang haram walaupun hukum itu dilaksanakan pada zahir. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh sesuatu melalui perintah mahkamah sedangkan dia mengetahui sesuatu itu bukan haknya maka tidak harus ia mengambilnya.
Pencerahan:
πNabi SAW mengingatkan:
'Hakim itu ada 3 kategori, 2 dalam neraka, 1 dalam syurga. Hakim yang masuk syurga tahu perkara dan hukum yang benar dan menjatuhkan hukum berdasarkan kebenaran tersebut. Hakim yang tahu hukuman sebenar, tetapi tidak menjatuhkan hukuman berdasarkan kebenaran tersebut, bahkan bertindak zalim ketika menjatuhkan hukuman, maka ia masuk neraka. Satu golongan lagi adalah hakim yang bodoh, tidak tahu perkara yang sebenar dan menjatuhkan hukuman berdasarkan kebodohannya itu. Maka ia juga masuk neraka'.
πNabi SAW bersabda, maksudnya: 'Sesiapa yang dilantik sebagai hakim dalam masyarakat, ia (ibarat) disembelih tanpa pisau' (riwayat Tirmizi).
Nabi SAW sangat berhati-hati dalam melantik seseorang (kepimpinan/hakim atau lain-lain jawatan penting). Sabdanya yang bermaksud: 'Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada orang yang memintanya, atau kepada orang yang berkepentingan'.
πDi zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, ketika itu rajanya Abu Ja'far Al Mansur. Ia memerlukan seorang hakim, lalu ia memanggil tiga orang ulama besar ketika itu ke istananya. Ketiga-tiga ulama tersebut adalah Imam Malik, Imam Ibnu Abi Zib, dan Imam Abu Hanifah. Kesemuanya ditawarkan menjadi hakim. Mereka menolak dan memberikan alasan masing-masing.
Imam Malik menyebut: 'Saya tidak sanggup memikul tugas itu kerana saya pernah dihukum dengan didera oleh wakil raja di Madinah'. Imam Ibnu Abi Zib mengatakan: 'Saya keturunan Quraisy, orang yang sama pangkat dan kedudukannya dengan raja yang sedang berkuasa. Justru, saya tidak patut dilantik menjadi hakim, sebab dibimbangi akan menjadi sekutu kepada raja'. Demikian juga Imam Abu Hanifah: 'Saya tidak patut menjadi hakim, kerana saya orang bawah, bukan keturunan bangsawan. Orang yang menjadi hakim itu sebaiknya orang yang kuat, mungkin dari keturunan bangsawan kerana ia dipandang elok oleh kaumnya'.
In shaa Allah
Aamiin
π³π
Saturday, January 31, 2015
Kelebihan Azan
❤❤Kelebihan Azan❤❤
Jan 29, 2015
Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila kamu semua mendengar laungan azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh tukang azan".
Huraian Hadith:
1⃣❤πDisunatkan kepada orang yang mendengar laungan azan menjawab sepertimana yang diucapkan oleh bilal, sama ada melalui tukang azan di masjid, di surau-surau ataupun di radio dan juga di televisyen.
2⃣❤πOrang yang banyak bertasbih, bertahmid, bertakbir kepada Allah SWT dan juga berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat nikmat dan rahmat di dunia dan di akhirat.
Pencerahan;
π❤Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan
Banyak fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah ο·Ί : "Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
π❤Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:
1. Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.
2. Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
3. Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
4. Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
5. Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
6. Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
7. Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama,
8. Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
9. Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah Ψ³Ψ¨ΨΨ§ΩΩ ΩΨͺΨΉΨ§ΩΩ, maka dosa-dosa akan diampuni dan dijamin Syurga.
10. Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
11. Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.
Rasulullah ο·Ί bersabda: "Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat."(Hadis riwayat Abu Hurairah).
ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΨΉΩΩ
Ψ¨Ψ§ΩΨ΅ΩΨ§Ψ¨
Wallahu A'lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
ΩَΨ§ΩΨ³َّΩΨ§َΩ
ُ ΨΉَΩَΩْΩَΩ
ْ ΩَΨ±َΨْΩ
َΨ©ُ Ψ§ΩΩΩُ ΩَΨ¨َΨ±َΩَΨ§ΨͺُΩ
In shaa Allah
Aammin
π³π
Friday, January 30, 2015
Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?
Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia: "Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"
Pemuda: "Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."
Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau kemana mereka akan pergi?"
Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka."
Syeikh: "Kemana syaitan ingin membawa mereka?"
Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan"
Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."
Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw. ketika mana lalu jenazah yahudi dihadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya "Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?" Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"
Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw. yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yg lain!"
Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.
# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.
Thursday, January 29, 2015
Rihul Ahmar
Maka...
Datang 1 Lembaga yang Cukup Besar...
Maka...
Bertanya Nabi Allah Sulaiman as :
"Siapakah Engkau???"
Maka...
Dijawab oleh Lembaga tersebut bahawa :
"Akulah Rihul Ahmar...
Aku bila Memasuki Rongga Anak Adam...
Maka...
Lumpuh...
Keluar Darah dari Rongga & apabila Aku Memasuki Otak Anak Adam...
Maka...
Menjadi Gilalah Anak Adam."
Maka...
Diperintahkan oleh Nabi Sulaiman as supaya Membakar Lembaga tersebut...
Maka...
Berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman as bahawa :
"Aku Kekal sehingga Hari Kiamat...
Tiada Sesiapa yang dapat Membinasakan Aku melainkan Allah swt"
Lalu Rihul Ahmar tadi pun Ghaiblah.
Diriwayatkan Cucunda Nabi Muhammad saw Terkena Rihul Ahmar sehingga keluar Darah dari Rongga HidungNya.
Maka...
Datang Jibril as kepada Nabi saw bertanya Nabi saw kepada Jibril as...Maka...
Ghaib sebentar Jibril as...
Lalu Kembali Mengajari akan Doa Rihul Ahmar kepada Nabi saw.
Kemudian...
Dibaca Doa tersebut kepada CucundaNya & dengan sekejap jua...
Sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi saw bahawa :
"Barang Siapa membaca Doa Rihul Ahmar walau Sekali dalam Seumur HidupNya...
Maka...
Akan dijauhkan dari Penyakit ANGIN AHMAR"
