Renungan Qalbu Mendidik Jiwa Nurani
❤❤Menghukum Atas Yang Benar❤❤
Riwayat: Muttafaqun A'laih
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".
Huraian Hadith:
1⃣π❤Janganlah menghukum suatu perkara dengan tidak mengikut hukum Islam sedangkan kamu mengetahui, kerana itu menjadikan kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka.
2⃣π❤Jauhkanlah sifat-sifat menyakiti hati manusia yang menyebabkan Allah SWT murka.
3⃣π❤Buatlah keputusan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan jangan buat keputusan mengikut apa yang tidak diredhai Allah.
4⃣π❤Rasulullah SAW ialah seorang manusia. Harus bagi dirinya sifat-sifat manusia kecuali apa yang dipelihara Allah daripadanya. Rasulullah SAW terpelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah termasuklah aqidah dan syariat, dan terpelihara daripada perbuatan haram dan keji.
5⃣π❤Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan dan hujah yang dapat diterima seperti saksi, sumpah dan lain-lain. Dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya.
6⃣π❤Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak menghalalkan yang haram walaupun hukum itu dilaksanakan pada zahir. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh sesuatu melalui perintah mahkamah sedangkan dia mengetahui sesuatu itu bukan haknya maka tidak harus ia mengambilnya.
Pencerahan:
πNabi SAW mengingatkan:
'Hakim itu ada 3 kategori, 2 dalam neraka, 1 dalam syurga. Hakim yang masuk syurga tahu perkara dan hukum yang benar dan menjatuhkan hukum berdasarkan kebenaran tersebut. Hakim yang tahu hukuman sebenar, tetapi tidak menjatuhkan hukuman berdasarkan kebenaran tersebut, bahkan bertindak zalim ketika menjatuhkan hukuman, maka ia masuk neraka. Satu golongan lagi adalah hakim yang bodoh, tidak tahu perkara yang sebenar dan menjatuhkan hukuman berdasarkan kebodohannya itu. Maka ia juga masuk neraka'.
πNabi SAW bersabda, maksudnya: 'Sesiapa yang dilantik sebagai hakim dalam masyarakat, ia (ibarat) disembelih tanpa pisau' (riwayat Tirmizi).
Nabi SAW sangat berhati-hati dalam melantik seseorang (kepimpinan/hakim atau lain-lain jawatan penting). Sabdanya yang bermaksud: 'Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan memberikan jawatan ini kepada orang yang memintanya, atau kepada orang yang berkepentingan'.
πDi zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, ketika itu rajanya Abu Ja'far Al Mansur. Ia memerlukan seorang hakim, lalu ia memanggil tiga orang ulama besar ketika itu ke istananya. Ketiga-tiga ulama tersebut adalah Imam Malik, Imam Ibnu Abi Zib, dan Imam Abu Hanifah. Kesemuanya ditawarkan menjadi hakim. Mereka menolak dan memberikan alasan masing-masing.
Imam Malik menyebut: 'Saya tidak sanggup memikul tugas itu kerana saya pernah dihukum dengan didera oleh wakil raja di Madinah'. Imam Ibnu Abi Zib mengatakan: 'Saya keturunan Quraisy, orang yang sama pangkat dan kedudukannya dengan raja yang sedang berkuasa. Justru, saya tidak patut dilantik menjadi hakim, sebab dibimbangi akan menjadi sekutu kepada raja'. Demikian juga Imam Abu Hanifah: 'Saya tidak patut menjadi hakim, kerana saya orang bawah, bukan keturunan bangsawan. Orang yang menjadi hakim itu sebaiknya orang yang kuat, mungkin dari keturunan bangsawan kerana ia dipandang elok oleh kaumnya'.
In shaa Allah
Aamiin
π³π
No comments:
Post a Comment