بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."
Friday, August 22, 2014
Doa Kesyukuran Menyambut Hari Ulang Tahun
بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Thursday, August 21, 2014
Pentingnya Bersahabat
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
ALLAHU AKHBAR
Wednesday, August 20, 2014
Perkongsian
Kawan - Kawanku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.
Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu
Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA
Sahabat2ku:
:-)
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)
BERLAPANG DADALAH KAMU...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY
(CCUK) Selasa, 22 Syawal 1435H
Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita, tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati. Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui. Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali. Jadi, berlapang dada lah...
PENCERAHAN :
Berikut adalah beberapa petua untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:
1) Tiada yang tidak disengajakan di sisi Allah. Tiada yang kebetulan. Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila berlaku sesuatu perkara maka yakinlah disebalik perkara itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan dan kewala'kan kita atau Allah hendak meningkatkan darjat kita, menyucikan diri kita dari dosa-dosa atau menambah kebaikan atas diri kita. Untungnya...
2) Kekalkan fokus kita, sebagai contoh sekiranya didalam dakwah atau apa kerja sekali pun. Usah sekali-kali fitnah, umpatan dan cercaan itu difikirkan sangat hingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab kita tersasar. Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil yang mungkin menghantui tenggelam ditelan masa. Ada orang yang kata keputusan itu tidak ikut perlembagaan. Ya memang betul, sebenarnya Perlembagaan bukannya Al-Quran yang tidak boleh diubah. Ibarat kata boss Ustaz, "Peraturan ikut buku, bertindak ikut daku namun ada toleransi di situ!"
Petua berlapang dada seterusnya,
3) Selidik siapa yang berkata-kata itu. Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati. Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan. Oleh itu, lupakan
sahaja.
Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang tersebut, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terimalah kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri. Sebab sebagai manusia biasa kita pasti punyai kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.
4) Bersyukurlah selalu dan sabar krn apa pun yang datang pasti akan berakhir. Orang hanya sedar akan kekuatan kita apabila kita mula menonjol. Kalau kita sekadar jamaah biasa-biasa dan tidak punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing. Ini bermakna kita berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya. Terus tabah, sabar dan istiqamah. Insyaa allah.
5) Ikhlaskan hati menerima apa sahaja keputusan. Sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka pada kita itu sebab mereka belum kenal siapa kita. Teruskanlah berdakwah contohnya... Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri. Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita. Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.
6) Maafkan semua orang dan doakan mereka. Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa. Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan. Kasihani mereka yang belum mendapat hidayah dari Allah untuk sedar. Kesian mereka...
Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah telah menyebutkan
beberapa perkara lagi agar dada kita menjadi lapang, antaranya ialah:-
1) Tauhid, kesempurnaan tauhid yang ada pada seseorang akan menentukan sejauhmana ia akan merasakan kelapangan dalam dadanya.
Allah SWT berfirman:-
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُون
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah
-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS Al-An-Am : 125)
2) Cahaya iman, sungguh ia mampu membuat dada menjadi lapang, melegakan jiwa dan membahagiakan hati. Maka ukuran seseorang dari rasa kelapangan dada ini ialah dengan mendapat cahaya hidayah dari Allah SWT.
3) Ilmu itu melapangkan dada, dan melegakannya sehingga dia lebih luas dari dunia, semantara kebodohan akan mengakibatkan kesempitan, kesesakkan dan terpenjara. Pemilik ilmu ini adalah orang yang paling lapang dadanya. Oleh itu, atas apa sahaja isu atau perkara kita kena mendapatkan pencerahannya terlebih dahulu... baru respon ! Jangan melatah dulu baru hendak dapat pencerahan. Terbalik tu...!
4) Kembali kepada Allah SWT dan mencintai Allah dengan sepenuh hati, mendekat kepada Allah SWT, merasa nikmat dengan beribadah kepada -Nya, maka tidak ada yang lebih lapang bagi dada seseorang hamba selain hal itu. Kerana sayangkan Allah bukan kerana sayangkan individu atau jamaah @ parti yang disertainya. Contoh..
5) Meninggalkan perbicaraan yang berlebihan, atau perbahasan yang sia-sia. Kebiasannya yang berlaku hari ini, Kita pulak yang berlebih-lebih. Pemimpin tiada apa-apa telah bertaut kita terus bercakaran dengan hujah dan teori masing-masing. Sikap ini memancing rasa sakit hati, bimbang dan kebingungan yang tidak bertempat, mempersempit hati, membelenggu dan membuatnya terus tersesak, inilah yang sering berlaku.
KESIMPULAN :
CCUK hari ini agak panjang sikit... Berlapang dada lah untuk membacanya bukan berdada lapang. Berlapang dada menerima ketentuan Allah... kalau berdada lapang Astagfirullah bimbang-bimbang kita sengaja mencabar Allah, sebab berfesyen belahan dada terlalu luas...
Wallahu a'lam - Jangan bayangkan !! Ukay's.
Pokok hiasan yang berbahaya
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda
sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan
pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di
kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak
kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera
pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak
anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh
mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit
daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh
kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang
dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit.
Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun
pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam
mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang
berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa
mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak
diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus
membengkak dengan serta merta dan menghalangkan
penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak
dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan
saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya
memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-
sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia
berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh
di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu
diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.
Sumber : medlineplus
Tuesday, August 19, 2014
Adakah kita berada diakhir zaman...
1 .mh17 terhempas
2 .mh370 ilang
3 .bas jatuh gaung kt utara
4. zina smakin bleluasa
5 .fitnah dajjal smakin truk
6. hiburan muzik smakin bmaharajalela shingga mnyebabkan
ramai kematian
7. kemarau yg bpanjangan
8. bumi smakin panas
9. bumi bpusing smakin laju mngikut kajian nasa yg d kluarkan
metro mggu lpas..
10. perebutan kuasa antara pmimpin
11. perang dunia ke 3 smakin hmpir
12 .rmai ulama n org soleh mninggal dunia
13. printah Allah d ketepikan
14. Al quran d permainkan
15. smakin ramai yg xttup aurat n btlanjang
16 .masjid d bina btjuan utk dibanggakan
17. ulama memutar belitkan hadis n Al quran utk kpentingan
diri. dan bnyk lg antara kita prasan ataupon tidak akn prkara
yg d nyatakan dlm Al quran blaku.. prnah x korg terfikir knape
hal sdemikian blaku.. ikut kata ulama mesir n seluruh dunia bile
d kaji sbnarnye tanda2 awl kiamat sudah sempurna hanya tggal
sberapa je lg..yg pling d tkotkan yg no 7 d mana nasa mmbuat
kajian bumi skrg bgerak mngelilingi matahari smakin laju n d
jangka 2015 matahari akan terbit mlalui barat.. mungkin lebih awal...??minggu depan??? Allahu Akbar... Allah jee yg tahu....dan bg org
bkn islam hal sdemikian di aggap fenomena alam tp bkn bg
umat islam.. skiranyablaku maka sgala pintu taubat
ttutup..wallahua'lam.....skrg ni cube fikir kt mne kite
skrg.....fikir sjenak ye...
# copypaste ..
smpaikanlah kepada semua muslimin dan muslimat di atas muke
bumi ini..sesungguhnya kita tidak tahu bkah pintu hidayah
Allah akan berikn kepada seseorang hambaNya..waallahualam..
*sharing is caring..
Bace nie plezzz , Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Dajjal
Turunnya Nabi Isa (AS)
Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
Pintu pengampunan akan ditutup
Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
Kemusnahan/runtuhnya Kabah
Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Allah berfirman : u
"jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya memikirkan duniawi daripada akhirat.
Kerugian meninggalkn solat:
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Asar: Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isyak: Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama..Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
..Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
..Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIMvv..
..Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
..Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
..Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan t dengan SOLAT..
..Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
..Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
✅Kirimkan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
✅Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja..
✅Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga..
✅Saat kamu membacanya, ia gelisah..
✅Saat kamu memahaminya, ia kejang2..
✅Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke..
✅Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
✅Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
....Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya
puluhan kali ganda ..
