Pages

Friday, December 22, 2017

JANGAN PUTUS SILATURAHIM KERANA KARENAH MANUSIA. HADAPINYA DENGAN BERHEMAH.

Kerana Silaturrahim banyak membawa Faedah dan Makna kepada kita. Jika kita sorot ia banyak ertinya dan mengandungi Berbagai Karakter Manusia yang Membuat Kita Menjadi CERDIK dalam menilai dan berhadapan dengannya:

1. Ada TEMAN yang bersifat KERAS... dari dialah yang mendidik kita untuk berani dan bersikap    tegas serta TAHAN LASAK.....

2. Ada TEMAN yang LEMBUT, dialah mengajar kita cinta dan kasih sayang terhadap sesama akhluk...

3. Ada TEMAN yang DUNGGU dan BODOH, dari dialah membuat kita berfikir bagaimana agar kita bersikap perhatian terhadap orang lain...

4. Ada TEMAN yang tidak boleh dipercaya dan kata-katanya sukar dipegang kebenarannya, dari dialah yang membuat kita berfikir dan merasa betapa tidak baiknya bila dikhianati, maka belajarlah    untuk menjadi orang yang amanah dan dapat dipercaya.

5. Ada TEMAN yang JAHAT yg hanya ambil kesempatan memanfaatkan dirinya melalui kebaikan orang lain saja,  dari dialah  kita dapat belajar, bagaimana kita bertindak dan dapat berbuat banyak    kebaikan, namun tetap dalam keadaan waspada (agar tidak ditipu)...

• Setiap karakter manusia di atas jika kita PEKA dapat mendidik kita, bagaimana sebaiknya kita patut
  bersikap... untuk mencari keredhan Allah..

Kata Hukamak: "Besi menajamkan besi dan  manusia  menajamkan sesamanya."

Tanpa golongan orang  seperti di atas itu kita mungkin terlena dalam zona nyaman; fikiran tidak berkembang.

Oleh itu, bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan dan terimalah setiap orang yg pelbagai ragam dalam hidup kita.

Kerana Allah tidak pernah silap mempertemukan kita dengan sesiapa pun, cuma terserah kepada kita bagaimana cara kita menghadapi dan mengurusnya.

Karakter orang seperti di atas tadi juga secara tidak langsung selain melatih kita bersabar, juga membuat kita semakin DEWASA & BIJAKSANA

Ketika ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada di depan mereka

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi dari mereka 

Saat orang bicara dengan nada iri-hati mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh lebih baik dari mereka.

Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka.

```☂Payung tidak dapat menghentikan hujan, tetapi Dengan Payung membuat kita boleh berjalan merentas hujan lebat untuk mencapai Tujuan.✊```

Orang pintar pernah gagal,
Orang  hebat pernah jatuh,
Tetapi orang yang RENDAH HATI & SABAR
dalam segala hal akan selalu mendapat jalan untuk menempatkan diri dengan seimbang kerana KETEGUHAN PENDIRIANNYA...

SEMOGA KITA SENTIASA BERSABAR DAN RENDAH HATI  

Salam Silaturahim Duniawi dan Ukhrawi 💗💗💗

Friday, December 8, 2017

Take care your heart

Qn1. What are the thumb rules for a layman to take care of his heart?
Ans:
1. Diet - Less of carbohydrate, more of protein, less oil
2. Exercise - Half an hour's walk, at least five days a week;
3. Quit smoking
4. Control weight
5. Control BP - Blood pressure and Sugar

Qn2. Can we convert fat into muscles?

Ans: It is a dangerous myth. Fat and muscles are made of two different tissues, fat is fat ... Ugly and harmful... Muscle is muscle. Fat can never be converted into a muscle. 

Qn3. It's still a grave shock to hear that some apparently healthy person
gets a cardiac arrest. How do we understand it in perspective?

Ans: This is called silent attack; that is why we recommend everyone past the age of 30 to undergo routine health checkups.

Qn4. Are heart diseases hereditary?

Ans: Yes.

Qn5. What are the ways in which the heart is stressed? What practices do you suggest to de-stress?

Ans: Change your attitude towards life. Do not look for perfection in everything in life.

Qn6. Is walking better than jogging or is more intensive exercise required to keep a healthy heart?

Ans: Walking is better than jogging, since jogging leads to early fatigue and injury to joints.

Qn7. You have done so much for the poor and needy. What has inspired you to do so?

Ans: Mother Teressa, who was my patient.

Qn8. Can people with low blood pressure suffer heart diseases?

Ans: Extremely rare.

Qn9. Does cholesterol accumulate right from an early age (I'm currently only 22) or do you have to worry about it only after you are above 30 years of age?

Ans: Cholesterol accumulates from childhood.

Qn10. How do irregular eating habits affect the heart ?

Ans: You tend to eat junk food when the habits are irregular and your body's enzyme release for digestion gets confused.

Qn11. How can I control cholesterol content without using medicines?

Ans: Control diet, walk and eat walnut.

Qn12. Which is the best and worst food for the heart?

Ans: Fruits and vegetables are the best and oil is the worst.

Qn13. Which oil is better - groundnut, sunflower, olive?

Ans: Oils do no good for humans.

Qn14. What is the routine checkup one should go through? Is there any specific test?

Ans: Routine blood test to ensure sugar, cholesterol is ok. Check BP, Treadmill test after an echo.

Qn15. What are the first aid steps to be taken on a heart attack?

Ans: Help the person into a sleeping position, place an aspirin tablet under the tongue with a sorbitrate tablet if available, and rush him to a coronary care unit, since the maximum casualty takes place within the first hour.

Qn17. What is the main cause of a steep increase in heart problems amongst youngsters? I see people of about 30-40 yrs of age having heart attacks and serious heart problems.

Ans: Increased awareness has increased incidents. Also, sedentary lifestyles, smoking, junk food, lack of exercise in a country where people are genetically three times more vulnerable for heart attacks than Europeans and Americans.

Please, don't hoard knowledge.
Do send it to all your friends and relatives.

Wednesday, December 6, 2017

JAGALAH HATI DARI NODAAN NAfSU

Ibadah yg paling tinggi nilainya adalah ibadah yg ikhlas dan tersembunyi. Namun hakikatnya betapa ramai yg tidak mampu menjaga hati apabila ramai insan yg ingin mendapatkan pujian dan suka mewarwarkan amalan mereka di laman sosial. Sedang berumrah, melakukan tahjud, menghadiri majlis2 ilmu pun nak beritahu kepada dunia. Malah di dalam suasana yg sepatutnya utk menginsafi pun tetap nak berselfie dikuburan. Apakah kejahilan yg melanda? Allah tidak akan menerima amalan yg ada riak walaupun sebesar biji sawi atau apa2 sahaja amalan yg ada di dalam hati insan itu sifat ujub, takbur serta sum'ah. Justeru jagalah hati dari nodaan nawa nafsu.

SEMOGA BERMANFAAT..

DATO SBY  
SERENDAH

Tuesday, December 5, 2017

Pes segera buatan tangan - Pes Ibu Mabeles

Nak tolong promosikan produk orang rumah. Produk buatan sendiri dimasak secara bersih dan suci.

Siapa kata ibu sibuk berkerjaya tak ada masa nak siapkan hidangan enak utk keluarga. Nak bawa bekal anak2 sekollh pun sempat je. Sambal sotong petai, udang, paprik, asam pedas, masak merah, mi goreng, nasi goreng & macam2 lg. Mudah je.Pelbagai pes segera kan ado.. (cili, rendang, ikan bakar dan tumis goreng,) Minat ke tak minat? PM laju2 Tempahan, hubungi Pn. Effa. h/p: 016-2232635 fB: effa md husin

Kunjungi laman sesawang blog: https://pesibumabeles.blogspot.com

Tuesday, October 31, 2017

Tersentap tapi bermakna

﷽ 

👀👀

😍 "Masa kecik-kecik... adik beradik tidur bersama
😍 Bila sudah besar bilik masing-masing
😍 Bila sudah nikah, rumah masing-masing

😭 Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising

🤓 Mulanya berkumpul ... penutupnya kubur masing-masing

*🌹Wahai adik-beradikku,  Wahai anak menantuku, Wahai saudaramaraku, Wahai sahabat2ku*

🤓disebabkan kubur masing-masinglah *kita selalu kena saling berpesan-pesan.*

😭 *Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,*

🤓 *Ingatlah ... disana tiada abang, kakak, adik...*

🤓 *Hanya kau dan amal mu,* 

🤓 *Bersedia selalu, bersiap selalu,* 

🤓 *Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi*,

😭 *tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda...!!!*

🤓 *Jika anda ingat mati, anda orang yg bijaksana...!!!*

*"ALAM BARZAKH PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR"*
*Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat*

*Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia*

*Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA*

*Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah pemilik semua yang baik*
*Suatu Masa Kita Akan Berpisah...Oleh Itu Sebelum Tiba Saat Perpisahan Itu Marilah Kita Saling Menyayangi Antara Satu Sama Lain*

۞  آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ۞

Thursday, September 14, 2017

Renungan bersama

Mesej dari sahabat saya dari satu group whatsapp, yang sangat indah yang perlu dikongsi:

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.
 
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim, 
Walau sekadar berdoa untuk semua kerabat dan sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan " kebaikan ", kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan " keburukan ", tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
 
Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...
Peringatan utk diri sendiri n semua..☺

Wednesday, September 6, 2017

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga. 

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung