Pages

Monday, March 30, 2015

#ambiltahu

Cukai Gst 6% akan dilaksanakan pada 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%

#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini.
Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

#Kekal
Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%. Jadi apabila digantikan dengan Cukai Gst 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.

#Turun
Perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.
Contoh
1000 + 15% SST = 1150
1000 + 6% GST = 1060

Seperti yang sentiasa ditekankan sebelum ini kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST.

hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.

KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.

ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH/index.html

Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah

2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal

3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau

salurkan ke :

1800886800 1Malaysia Centre
0388826245 War Room Kpdnkk
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
sms : ADU (maklumat aduan)
hantar ke 32255

whatsapp : 0173436433
(whatsapp nama dan lokasi)

Pastikan anda simpan maklumat aduan anda. dapatkan feedback semula tentang aduan anda. Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai. maklumkan pada

http://eintegriti.kpdnkk.gov.my

sikap TAKPELAH akan merugikan anda. cukuplah kita berdiam diri selama ini.
kita harus #BERTINDAK

Wednesday, March 25, 2015

Adakah Allah mencipta kejahatan.

Seorang profesor yang atheis berbicara dalam sebuah kelas.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.

Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.

Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.

Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"

Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.

Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.

Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.

Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.

Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.

Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.

Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..

Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..

Itulah IMAN..

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..

Wallahu A'allam....

Thursday, March 19, 2015

Teknik megikat mata kail

Teknik 1



Teknik 2



Teknik 3



Teknik 4


Teknik 5

                     

                          

Teknik 6

 

                         

 

Teknik 7

 

                    

 

Teknik 8

 

                    

Teknik 9

 

                     

 

 

 


Merangkai Kail Jadi Beberapa Susun

 

Thursday, March 12, 2015

Doa harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah dipagi yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah.

Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.

Ya Allah, Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan.

Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyaksikan bahawa kami menerima apa yang telah disampaikan oleh rasulMu Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya Allah tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami.

Ya Allah tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah peringatkan
kami apa yang kami lupa.

Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak kami.

Ya Allah haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tampa hisab.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Sila share.َ

Sunday, February 22, 2015

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.

"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?".

"Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku"

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".

Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap."kenapa ustaz?"

dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau?

Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.

Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.

Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulam
a', auliya', Ahlullah.Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur.Kita ni miskin, miskin amalan.Janganlah kita sombong depan Allah.

Nabi dah kata:

احفظ الله،يحفظك
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain.Prihatin antara satu sama lain.
Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.

Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.

Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.

Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.

Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.. cnp.
Astaghfirullahh..😭

Copy paste dari email sahabat.

Tuesday, February 17, 2015

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

" Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

" Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
'Qul huallaahu ahad' Allaah hussamad'
lam yalid walam yuulad'
walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3x ) "

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
" Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii 'alaa saiyyidina Muhammad wa'alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) "

3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

" Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklahn "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

" Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampaihari kiamat.... آمِيّنْ..