Pages

Sunday, March 9, 2014

Rakan-rakan. Saya nak share sesuatu. Kalau ada kesempatan sila baca. Tak rugi.


Saya adalah pengguna kepada Telefon Bimbit semenjak tahun 1996 lagi. Saya merupakan antara yang terawal berkesempatan menggunakan talian telefon bimbit di Malaysia. Sewaktu mula bekerja lagi – Mobile Ericsson, itulah yang saya gayakan.

Bemula dengan talian telefon dgn sistem tanpa SIM, kemudian bertukar kepada sistem yang menggunakan SIM, langsung mengadaptasi kepada penggunaan SMS sekitar tahun 1998/99, dan berkesempatan menggunakan pelbagai jenis Handphone. Juga merupakan antara pengguna awal telefon bimbit berkemera pada tahun 2005 atas jenama Sony Ericsson. Saya juga melihat evolusi perkhidmatan serta merasainya. Dari skrin tanpa warna, skin berwarna, PDA, MMS, Video Call kepada SMART PHONE. Semuanya saya berkesempatan mencuba. SIMkad Pra bayar ganerasi pertama (yang mahal gilerr bernilai RM250 dan ada dua kad) hinggalah kepada sistem airtime transfer semuanya adalah pengalaman panjang saya dalam industri ini. Dan saya tidak dapat mengandaikan bagaimanakah rupa bentuk telefon pada masa hadapan. Tetapi saya pasti dan percaya sudah beribu ringgit wang yang telah saya belanjakan sejak 18 tahun yang lalu.

Persoalannya sekarang ialah, BERAPA LAMA LAGI SAYA AKAN PAKAI HANDPHONE?

Mungkin saya akan pakai sampai bila-bila. Memang benar Telefon adalah keperluan. Jadi kalau itulah alasannya, BERAPAKAH pula jumlah yang akan saya belanjakan nanti? Dan timbul pula persoalan disini, APA YANG SAYA DAPAT?

Semenjak 18 tahun yang lalu hanya 2 kali saya bertukar kepada syarikat telekomunikasi lain itupun dalam tempoh yang pendek. Sedikit sebanyak faham dan merasai teknologi mereka. Selebihnya saya bersama Syarikat yang satu ini. Cuma berbalik kepada persoalan tadi, ialah saya tidak mendapat sebarang kelebihan sebagai pengguna malah jauh sekali mendapat apa-apa keuntungan.

Sebulan yang lalu saya telah bertukar kepada menjadi pengguna TuneTalk (Telco anak syarikat Celcom dan Tune Group) dengan pakej kad prabayar ToneExcelWow. Apa yang menariknya, saya pakej ini menawarkan saya untuk menjadi pengguna BIJAK kerana sebagai pengguna telefon bimbit OTAI heheh, saya kini mempunyai pilihan untuk menentukan apakah penghargaan yang patut saya terima setelah menjadi pengguna hampir 20 tahun.

Tahukah rakan-rakan semua, (saya pun baru tahu heheh) Melalui pakej ini, saya ditawarkan:

1. Mengekalkan No asal saya secara percuma

2. Saya mendapat Rebat TUNAI sebanyak 3% dari nilai penggunaan saya. kalau saya bayar 200 maknya saya akan dapat rebat tunai sebanyak RM6 dibayar semula ke akaun saya.

3. Saya juga menerima Rebat TUNAI 6%-13%melalui Kesemua nombor yang mendaftar sebagai CUG/Friend&Family saya. Maksudnya setiap kali Isteri, anak-anak serta Ibubapa saya yang merupakan subline saya menggunakan HP, maka saya akan menerima rebat secara TUNAI mengikut peratusan tadi. Wah ini sesuatu yang saya tidak pernah jumpa selama saya menggunakan HP. Alhamdulillah memang saya dah terima REBAT tersebut dibayar terus kepada akaun saya. Macam best je bila tau bill dia orang tinggi. Hahaha.

4. Saya serta kesemua CUG saya menerima pelan Insuran bernilai RM100,000 secara PERCUMA.

5. Setiap ringgit yang saya belanjakan akan ditukarkan kepada Mataganjaran yang saya boleh guna untuk tukar kepada tiket penerbangan, wayang, Hotel dan beberapa benda lain yang saya pun tak ingat. tapi apa yang pasti saya telah mengumpul 1200 mata ganjaran selama tempoh 4 bulan lalu. Hari itu saya da terlihat promosi Airasia ke BALI hanya perlu 5000 pts sahaja. Tapi masa tu saya baru masuk. Tak sempat beli. Maknanya tak sampai 10 bulan lagi saya patut dah boleh tukar satu tiket. Isteri pon sama. Wah.

6. Rupanya Rate plannya adalah SUPER RENDAH sebab setiap RM30 saya dapat FREE RM10 dan Setiap RM50 saya dapat FREE RM20 airtime. Maksudnya jika penggunaan saya RM200 maka saya akan dapat FREE RM80. Jadi keseluruhan airtime saya menjadi RM280. Ini bermakna saya ada lebih banyak masa berbual atau saya boleh kurangkan perbelanjaan saya.

Jadi sebagai kesimpulan.

TuneTalk dapat 4 Bintang. Sebabkan ia Telco terbaru adalah beberapa perkhidmatan yang tiada. (cth tak banyak ringtone, atau content /download services) Tetapi dari segi coverage ia sama dengan Celcom. kepantasan internet juga terbaik. 3G/3.5G. Network reliability juga pada nilai 92%. Melebihi Maxis, Digi dan Umobile.

Saya galakkan rakan-rakan untuk bertukar kepada Syarikat TuneTalk dengan mengambil pakej Prabayar ToneExcelWow. Kalau rasa tak percaya boleh rujuk di http://toneexcel.biz/?id=311146

Saya bertanggungjawab atas apa yang saya kongsikan diatas. Boleh Hubungi saya melalui FB ini atau email di rudin12@gmail.com. atau PM saya terus. Insyallah saya boleh cuba terangkan lebih lanjut.

Jadi tak payahlah kita membazir berbelanja lebih, tambahan semua benda naik sekarang ni. Hehehe.

SHAHARUDIN SALLEH
016-3640466

https://www.facebook.com/photo.php?v=10152247571512726

Tuesday, March 4, 2014

Ingin Dapat Income Sampingan Tiap-Tiap 21hb?

Ingin Dapat Income Sampingan Tiap-Tiap 21hb?
Ramai yang dah dapat sehingga beribu-ribu ringgit,
malahan ada yang dah dapat berpuluh ribu ringgit,
tiap-tiap bulan pulak tu.


ToneExcel telah mengadakan satu program dimana sebagai pengguna talian simkad ToneExcel, anda juga boleh menjual simkad ini kepada orang lain, dan setiap kali orang tersebut topup dimana-mana kedai sekali pun, anda akan dapat komisyen setiap bulan di rumah.
Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menonton video dibawah ini.
Inilah video yang telah banyak mengubah nasib rakan2 kita, dan mungkin juga
mengubah nasib anda secara meneluruh.

Untuk keterangan lanjut layari:










Monday, March 3, 2014

Ingin Dapat Income Sampingan Tiap-Tiap 21hb?

Ramai yang dah dapat sehingga beribu-ribu ringgit,
malahan ada yang dah dapat berpuluh ribu ringgit,
tiap-tiap bulan pulak tu.

ToneExcel telah mengadakan satu program dimana sebagai pengguna talian simkad ToneExcel, anda juga boleh menjual simkad ini kepada orang lain, dan setiap kali orang tersebut topup dimana-mana kedai sekali pun, anda akan dapat komisyen setiap bulan di rumah.
Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menonton video dibawah ini.
Inilah video yang telah banyak mengubah nasib rakan2 kita, dan mungkin juga
mengubah nasib anda secara meneluruh.

Saturday, January 18, 2014

Peringatan untuk semua.

Sempena tahun baru cina info dari seorang rakan ada 1 kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 org lelaki cina berpakaian kemas akan dtg kerumah2 dgn membawa hamper yg besar. Mereka akan cakap kita terpilih dapat hamper dri syarikat mereka. Bila kita buka pintu utk ambik hamper mereka akan samun. Kumpulan ini aktif skrg di kawasan Shah Alam, Klang dan Damansara. Hati2, jgn buka pintu sembarangan sekirannya orang itu mencurigakan.

Friday, January 17, 2014

KENAPA TIDAK BOLEH MUATNAIK ATAU SIAR GAMBAR BAYI

Untuk perkongsian bersama. Dipetik dari laman web blogger.

KENAPA TIDAK BOLEH UPLOAD ATAU SIAR GAMBAR BAYI | Ramai ibu bapa khususnya yang baru mendapat cahaya mata begitu taksub dan gemar berkongsi serta memuatnaik gambar bayi mereka ke laman sosial.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEKADAR PERKONGSIAN

Al Ain Bukan Perkara Main-main.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: 
"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : "Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 
1. ain insi ('ain berunsur manusia) dan
2. 'ain jinni ('ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : "Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,"Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit 'ain?) (Shahihul jami' 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja'far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma' binti Umais,"Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?" Asma' menjawab : "tidak, akan tetapi mereka tertimpa 'Ain." Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,"Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi'ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini" Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :"Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma'ad tahqiq Syu'aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam

KENAPA BAYI MENANGIS KETIKA LAHIR?

Pendedahan Dan Kajian Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir.

Sememangnya menjadi kepastian setiap bayi yang lahir menangis, melainkan bayi itu lahir tanpa roh, tiada nyawa atau telah meninggal dari dalam kandungan lagi. 

Namun tahukah anda Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir dan Mengapa Bayi Muslim diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya sejurus kelahiran. Setiap perintah dan kejadian itu ada sebabnya dan terjadinya begitu adalah ihsan dari Allah untuk makhluk ciptaannya. Berikut ialah Pandangan Islam Mengapa Bayi Menangis Ketika Lahir.

Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..” HR. Ad-Darami

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;
"Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali dipegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya."

Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam"

Menurut Jamal Abdurrahman dalam bukunya "Cara Nabi Menyiapkan Generasi" mengatakan bahawa;
"Azan berfungsi sebagai tikaman balik kepada syaitan yang selalu berusaha menyesatkan manusia"

Jelaslah syaitan itu telah mengikut setiap ibu yang hampir melahirkan dan menunggu saat kelahiran itu untuk mula menghasut anak adam itu disaat pertama kali mereka melihat cahaya dunia. 

Maka saat diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya, selain manfaat azan agar bunyian pertama yang didengar bayi  adalah lafaz-lafaz Ilahinanti, syaitan juga pasti menjauhi bayi tersebut. 

Semoga mereka menjadi manusia yang soleh dan selalu ingat akan Allah. Insyaallah

Wallahu’alam bissawab

Dikongsikan dari laman web blogger.

Monday, October 28, 2013

Intipati Rasmi Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan

  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

Subsidi Gula Dimansuhkan

  • Subsidi gula akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes akan penyakit kencing manis. Harga gula akan naik RM2.85 sen mulai 26 Oktober 2013.

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500

  • Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji iaitu minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari depan kepada kakitangan awam. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2014.

Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku

  • Baucar Buku 1Malaysia aka diteruskan sebanyak RM 250 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

Kelajuan Internet Dinaik Taraf

  • Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp. Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb.

Program Perumahan Rakyat

  • 223,000 unit rumah pada harga berpatutan
  • Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
  • 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

  • Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

Bantuan yuran taska RM250 sebulan

  • Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Penbangunan Sukan RM239 juta

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.