"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."
Friday, April 20, 2012
Thursday, April 19, 2012
Mariam
Bapa Mariam bernama Imran. Dia juga dimuliakan Allah. Sebenarnya, keluarga Imran dimuliakan Allah. Buktinya terdapat pada ayat berikut:
"Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam" (3:33).
Demikianlah dinamakan keluarga-keluarga yang dipilih Allah di atas semua di alam ini. Ayat itu adalah ayat yang ke-33 dalam surah Ali Imran, atau Keluarga Imran, iaitu surah ke-3 di dalam al-Qur'an.
Di surah itulah bermula cerita Mariam. Ceritanya bermula dengan kelahirannya. Allah menceritakan begini:
"Apabila isteri Imran berkata, 'Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.'
"Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, 'Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan.' Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, 'Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.'" (3:35-36)
Perhatikan kepada doa ibu Mariam sebelum dan selepas melahirkannya. Allah menerima doa ibu Mariam dengan baik.
Kemudian, Allah menceritakan pula Mariam dijagai oleh Zakaria. Mungkin kerana ibu bapa Mariam sudah meninggal dunia. Zakaria adalah ahli keluarga Imran. Dia berjaya menjaganya setelah bertengkar dengan ahli keluraga yang lain kerana masing-masing ingin menjaga Mariam (3:44).
Lalu Mariam membesar,
"..... dia membesar dengan menarik hati .... Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, 'Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?' Dia (Mariam) berkata, 'Daripada Allah,'" (3:37).
Di bilik itu sentiasa terdapat makanan yang datang dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memelihara Mariam dengan baik untuk suatu rancangan-Nya yang besar. Mariam adalah seorang yang taat kepada Allah.
Suatu hari tatkala Mariam sedang menyendiri muncul seorang malaikat (juga dipanggil rasul) yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat. Dia menjadi takut seraya berkata,
"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'
"Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'
"Berkata, 'Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?'
"Dia berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:18-21).
Bayangkanlah perasaan seorang perempuan yang mulia yang akan mengandung tanpa suami! Bagaimanakah dia akan menjelaskannya kepada keluarganya dan orang lain?
"Lalu dia mengandungnya, dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh" (19:22).
Tempat itu, menurut ayat 23:50, adalah "di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air."
"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, 'Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang dilupakan!'" (19:23).
Mariam kesakitan. Dia keseorangan. Kalaulah dia sudah mati sebelum itu, katanya. Justeru, bayi yang baru dilahirkannya berkata-kata pula kepadanya.
"Tidak, janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu mengadakan di bawah kamu sebuah anak sungai.
"Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.
"Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah; dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'" (19:24-26)
Anak yang baru dilahirkannya, selain menyuruh makan dan minum, mengajarnya apa yang harus dilakukan apabila berjumpa orang lain. Dia menyuruh ibunya mendiamkan diri kerana dialah yang akan menjelaskan keadaan sebenar. Selepas itu Mariam pulang ke rumah.
"Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, 'Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!
"Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang,'" (19:27-28)
Sekiranya Mariam menjawab tuduhan itu tentu keadaan menjadi amat rumit lagi baginya. Dia mendiamkan diri seperti yang disuruh oleh puteranya.
"Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, 'Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?'" (19:29)
Lalu sesuatu yang memeranjatkan mereka berlaku, apabila,
"(Isa) Berkata, 'Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.
"Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
"Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.
"Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup'" (19:27-33).
Apakah reaksi orang ramai apabila melihat Nabi Isa berkata-kata semasa masih bayi lagi?
Namun, selepas berlaku mukjizat itu, masih terdapat orang-orang yang tidak percaya dan melakukan pengumpatan yang besar terhadap Mariam (4:156).
Apa yang berlaku pada Mariam adalah suatu contoh ujian dan pengorbanan bagi orang yang percaya kepada Allah. Khususnya bagi kaum wanita.
Mariam adalah salah seorang daripada dua orang perempuan beriman yang berdarjat tinggi di sisi Allah. Demikian itulah kata Allah berbunyi,
"Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.'
"Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh" (66:11-12).
Akan tetapi, Allah berfirman lagi mengenai Mariam. Kata-Nya Mariam adalah di atas semua perempuan di semua alam.
"Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).
Selepas ini, sekiranya para pelajar berjumpa atau mendengar orang yang menyebut nama perempuan lain sebagai yang paling mulia di dunia maka ingatlah bahawa orang itu adalah seorang pendusta yang nyata.
Kisah Siti Khadijah
Khadijah binti khuwailid, adalah nama yang sudah tidak asing lagi
.
Beliau di juluki Ath-thohirah, yang berarti bersih dan suci. Beliau tumbuh dalam lingkungan keluarga yang mulia dan pada gilirannya beliau menjadi seorang wanita yang cerdas dan agung. Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik dan memiliki perangai yang luhur. Karena itulah banyak laki-laki dari kaumnya menaruh simpati kepadanya.
Setelah bercerai dengan suami yang pertama, banyak dari para pemuka-pemuka Quraisy yang menginginkan Beliau untuk dijadikan istri, tetapi, Khadijah lebih memprioritaskan perhatiannya dalam mendidik putra-putrinya, juga sibuk mengurusi perniagaan yang kemudian dari hasil usaha yang di kelolanya, Beliau menjadi seorang yang kaya. Kepandaian dan kejelian Beliau, kemudian Beliau menawarkan Muhammad yang pada saat itu belumlah diangkat menjadi Nabi, untuk menjual dagangannya. Kejujuran dan sikap profesional yang di miliki Muhammad dalam berdagang, membuat kekayaan Khadijah semakin bertambah banyak.
Khadijah memiliki wajah yang cantik, berasal dari keturunan yang terhormat, memiliki martabat karena kepandaian dan kecerdasaanya, dan ia juga adalah wanita yang kaya raya. Maka tidaklah mengherankan dengan kondisi yang demikian itu semakin banyak para pemuka Quraisy yang terhormat dan kaya raya ingin menjadikan Khadijah sebagai istri. Singkat cerita, semua tawaran tersebut ditolak oleh khadijah, karena hatinya telah tertambat pada pribadi yang terpercaya, jujur, profesional dalam bekerja, dan memiliki akhlaq yang mulia, ia adalah Muhammad. Dan Allah mentakdirkan mereka untuk menikah, walaupun pada waktu itu, umur Khadijah yang telah sampai di usia 40 Tahun kecantikannya tetap mempesona Muhammad yang berumur 25 tahun.
Keutamaan Khadijah diriwayatkan sebagaimana sabda Rasulullah saw ;
"Tidaklah Allah mengganti untukku (istri) yang lebih baik darinya (khadijah). Dia beriman kepadaku saat orang-orang kufur. Dia mempercayaiku saat orang-orang mendustaiku. Dia memberikan hartanya kepadaku saat orang-orang mengharamkan harta untukku. Dan dia memberikan aku anak saat Allah tidak memberikan anak dari istri-istriku yang lain".
Khadijah adalah sosok wanita pilihan yang Allah amanahkan untuk mendampingi Muhammad dalam menjalani tugasnya sebagai Rasul Allah.
Salah satu hikmah yang bisa kita petik dari kisah hidup khadijah, adalah keuletannya, kesungguhannya, kecerdasan dan ketelitiannya dalam menjalankan usaha perdagangan. Tetapi, semua usahanya itu tidaklah ia jadikan semata-mata untuk kesenangan yang bersifat keduniawian semata. Sebagaimana sabda Rasulullah, Khadijah dengan rela memberikan hartanya untuk kepentingan dakwah Rasulullah. Dan hal itu, Beliau lakukan sampai ajal menjemputnya.
Apa yang dilakukan oleh khadijah sangat berkaitan erat dengan makna zakat.
Zakat
.hanya diwajibkan bagi mereka yang memiliki kelebihan harta yang telah memenuhi syarat dan perhitungan yang telah ditetapkan. Artinya, agar jika seseorang ingin ber-zakat, maka ia harus berusaha. Dan dari apa yang Allah berikan atas hasil usahanya itulah yang wajib ia keluarkan zakatnya. Dan bagi seorang istri yang tidak bekerja, maka ia dapat berzakat apabila ia mendapatkan nafkah yang khusus diberikan oleh suaminya
Dengan demikian, bekerja
adalah termasuk dalam ibadah yang juga bernilai pahala di sisi Allah. Islam tidak menghalangi kaum wanita untuk produktif dalam mencari karunia Allah di dunia ini dengan bekerja, bahkan Islam menganjurkan agar kaum wanita tidak kalah produktifnya dengan kaum pria.
Dan Allah memberikan pilihan bagi kaum wanita, apakah ia mau memilih sebagai pekerja, wanita karier, pengusaha, atau sebagai ibu rumah tangga.. Semua itu sama baiknya.
Selama ia menjaga kehormatannya, harga dirinya, dan taat pada aturan yang Allah tetapkan. Apapun pilihannya, Insya Allah akan bernilai pahala.
Dalam kisah Siti Khadijah, Allah telah mengabadikan teladan bagi kaum wanita
,
Khadijah, adalah wanita yang cerdas, ibu rumah tangga yang amanah, pendidik bagi anak-anaknya, pengusaha yang sukses, Istri seorang Nabi dan Rasul, dan pejuang di jalan Allah
.
Dan tidaklah mungkin Allah jadikan khadijah sebagai teladan jika tidak mungkin untuk di teladani, karena pada dasarnya, kaum wanita
adalah kaum yang mampu melakukan semua itu
Wallahu'alam..
Sunday, April 8, 2012
Pelantikan Ahli Majlis Tahun 2012 Sesi 2012/2013
Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Perbandaran, Wisma MBSA
Seramai 16 orang Ahli Majlis telah dilantik semula, manakala seramai 7 orang lagi merupakan Ahli Majlis yang baru dilantik untuk sesi ini.
Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Majlis MBSA yang dilantik bagi Sesi 2012/2013.
| Datuk Bandar Shah Alam - Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan | ||
| Timbalan Datuk Bandar Shah Alam - Tuan Mohtar Bin Hani | ||
| Y.D.H Dato' Hj. Emran bin Hj. Kadir - Ahli Majlis | Encik Kamarudzaman bin Sanusi - Ahli Majlis | |
| Encik Zainal bin Said - Ahli Majlis (Baru) | Tuan Ir. Izham bin Hashim - Ahli Majlis | |
| YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim - Ahli Majlis | Encik Norhalim bin Sirome - Ahli Majlis | |
| Puan Dr. Daroyah bt. Alwi - Ahli Majlis | Puan Noraini Bt. Hussin - Ahli Majlis | |
| Encik Ang Leng K iat - Ahli Majlis | Encik Ng Boon Teck - Ahli Majlis | |
| Encik Sivarajan a/l Arumugam - Ahli Majlis | Encik Abd Manaff bin Hj. Yusoff - Ahli Majlis | |
| Puan Mariam Binti Abd. Rashid - Ahli Majlis | Puan Sarimah bt. Lisut - Ahli Majlis | |
| Encik Tan Ah Kow - Ahli Majlis | Encik Ganabatirau a/l Veraman - Ahli Majlis | |
| Encik Halim bin Mohamed Redzuan - Ahli Majlis | Encik Hisham bin Sariman - Ahli Majlis (Baru) | |
| Encik Sabastine Rao a/l Pragasam - Ahli Majlis | Encik Abdul Razak bin Idris - Ahli Majlis (Baru) | |
| Puan Ruthira a/p Surasan - Ahli Majlis (Baru) | Encik Fakhrul Azman bin Khalidin - Ahli Majlis (Baru) | |
Encik Prakash Rao s/o Applasamy - Ahli Majlis (Baru | ||
Tuesday, March 6, 2012
Kolam Pancing Kampung Delek (Kampung Delek Fishing Park)
|
Para peserta membuat pendaftaran
|
Berborak sambil menyediakan joran sementara menunggu pintu dibuka.
|
Pemandangan di kolam pancing
| |
Tuesday, February 14, 2012
Aktivity terkini
Terdapat sedikit ganguan pada laman blog
Saturday, October 1, 2011
Tajuk : Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!
| Hadith : |
| Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:" Rasulullah SAW pernah bersabda:" Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab." (Para sahabat nabi SAW bertanya:" Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:" Itulah ilmu (agama)." |
|
|



