Pages

Thursday, June 23, 2016

BERWASPADA DENGAN PENGAKUAN "AKU"

SEBAIK mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai orang bersolat di Masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan Solat Sunat, menuntut ilmu..tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah..

Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU ("aku" lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan Iblis Laknatullah daripada seorang Hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada Makhluk yang paling HINA sehinggalah ke Hari Kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

Peringatan buat diri yang hina ini dan ahli-ahli keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian.

-Ustaz Iqbal Zain🍂

Tuesday, June 7, 2016

Tinggalkan amalan tidur selepas bersahur.

Saudaraku..
habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya...

Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
- Liver akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Semua ini terjadi hanya kerana apa ???
Hanya karena anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
- Tidur setelah sahur merosak liver
- Membuat dominan bakteria jahat.
- Menambah PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
- Keadaan tubuh menjadi  kurang oksigen, SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.

Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..

Semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.

SELAMAT BERPUASA.

Muhasabah diri - 1

Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju, tahajjud untuk laris produk, jemput rezeki dan sebagainya. Sebenarnya itulah satu bentuk tipudaya Iblis, sehingga matlamat dunia menjadi utama, akhirat menjadi kedua. 

JUSTERU, beribadahlah kepada Allah swt agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. Anggaplah pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah kejutan dan matlamat 'secondary' sahaja. Bukan yang utama dalam fikiran dan niat.

#DrZaharuddinAbdRahman

-Muhasabah Diri-