Pages

Thursday, November 29, 2012

Rang Undang-undang Strata 2012 perlu diluluskan

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Syarikat perunding dan penilai hartanah, Rahim and Co. Chartered Surveyors Sdn. Bhd. menyangkal dakwaan bahawa sekiranya Rang Undang-Undang Strata 2012 diluluskan akan mengakibatkan lebih 80 peratus Badan Pengusaha Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) akan bankrap.

Menurut syarikat itu, sebaliknya rang undang-undang itu perlu segera diluluskan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, hal ini disebabkan rang-undang baharu itu akan memastikan supaya bangunan-bangunan tinggi di negara ini diurus oleh pengurus-pengurus harta yang bertauliah dan berdaftar.

Katanya, tidak timbul soal monopoli oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab kerana pengurusan hartanah adalah merupakan satu bidang profesional, sama seperti bidang lain.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai 915 pengurus harta yang berdaftar dan 69 buah syarikat pengurusan hartanah.

Hampir kesemua pengurus hartanah ini merupakan ahli pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (yang ditubuhkan pada 1961)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual menerusi e-mel di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM), Dr. Ir. Teo Chiang Kok mengenai Rang Undang-undang Strata 2012 yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia pada 9 Oktober lalu.

Chiang Kok meramalkan lebih 80 peratus Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan (MC) bagi kediaman di bangunan-bangunan tinggi Malaysia akan bankrap sekiranya rang undang-undang pengurusan strata diluluskan kerajaan.

Menurut Chiang Kok, keadaan itu boleh berlaku kerana pindaan undang-undang baharu itu telah menetapkan hanya syarikat-syarikat penilai hartanah berlesen diberi hak eksklusif menguruskan hartanah atau bangunan tinggi di negara ini.

Beliau berkata, perkara yang dibimbangi BMAM adalah syarikat-syarikat penilai berlesen itu langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bangunan tinggi.

Malah, syarikat-syarikat tersebut dijangka melakukan Ali Baba bagi tugas pengurusan tersebut kepada JMB atau MC dan ia hanya menguntungkan syarikat penilai hartanah itu sendiri.

Tambah Abdul Rahman, rang undang-undang tersebut mengambil masa tiga setengah tahun untuk disediakan oleh para pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam dan ahli-ahli profesional yang lain.

Malah, katanya, rang undang-undang itu tidak perlu dipinda semata-mata untuk menjaga kepentingan segelintir individu yang mempunyai agenda persendirian.

Pengurus hartanah haruslah mempunyai tatacara kerja yang dikawal selia dan berdaftar dengan pihak berkuasa tertentu supaya kepentingan empunya harta terjaga,’’ ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121017/ek_04/Rang-Undang-undang-Strata-2012-perlu-diluluskan#ixzz2DZH1G3tG
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

SUBJECT: Change of Canon Opto Email Domain
 
Please be informed that we have changed our email domain name from 5th/Nov. Below is the change:
 
Old email address : XXXXX@com.canon.co.jp
New email address : XXXXX@canon-opto.com.my (where the email name, XXXXX, remains unchanged)
 
You can send mail to old domain until 31st December 2012, however we advise you to update our latest email by December.